Tuesday, November 17, 2009

Kota Siputeh: PAS Tiada Alasan Untuk Kalah

PRK Kota Siputeh yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi mungkin boleh memberi peluang kepada PAS untuk menebus maruah mereka setelah di malukan di Bagan Pinang. Seandainya PAS masih gagal untuk merebut kerusi di halaman mereka sendiri, ia adalah merupakan satu petanda yang tidak baik untuk parti itu secara khususnya dan untuk PR secara amnya dan ia pasti akan menyukarkan perjalanan PR ke Putrajaya menjelang PRU Ke-13 kelak. Oleh itu PAS tiada mempunyai banyak pilihan di Kota Siputeh dan PAS juga tiada mempunyai alasan untuk kalah.

Sebenarnya PAS boleh menjadi sebuah parti yang kuat dan di segani oleh kawan dan lawan sekiranya parti itu tahu di mana tempat yang mereka boleh 'bermain' dan di mana tempat-tempat yang bukan untuk mereka, meskipun 100% penduduk di kawasan itu terdiri daripada orang-orang Melayu. Sekiranya itu boleh dilakukan oleh PAS, usaha Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Pusat bukan lah merupakan suatu perkara yang mustahil.

Yang pentingnya tiap-tiap parti didalam PR termasuk PAS mestilah bersedia untuk melihat apa yang di tinggalkan oleh sejarah dan dari situ masing-masing akan dapat melihat dimana letaknya kekuatan dan kelemahan masing-masing. Yang nyatanya, tidak ada mana-mana satu parti pun di dalam PR, termasuk PAS, yang mampu untuk menawan bahkan 51% dari kesemua 191 kerusi parlimen yang dipertandingkan secara bersendirian. Dengan itu mereka perlulah bergantung diantara satu sama lain dan untuk tujuan itu sikap tamak haloba berebut kerusi sesama sendiri mestilah di hapuskan sama sekali.

Negara kita, sungguh pun sudah merdeka sekian lama, sebenarnya masih tidak banyak yang berubah. Negeri-negeri di Pantai Timur, misalnya, masih jauh ketinggalan di dalam berbagai aspek jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Pantai Barat. Begitu juga jika di bandingkan di antara negeri-negeri di Malaysia Timur dengan negeri-negeri di Malaysia Barat. Malah tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa negeri-negeri di utara Semenanjung juga jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di selatan Semenanjung. Saya percaya faktor-faktor itu adalah merupakan satu faktor asas yang boleh di gunapakai di dalam kita merangka strategi politik.

Dengan itu, PAS, misalnya, mestilah menumpukan perhatian mereka di negeri-negeri yang dahulunya dikenali sebagai Unfederated Malay States sahaja, iaitu Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis dan membiarkan PKR mengembangkan sayap mereka di negeri-negeri yang dahulunya dikenali sebagai Federated Malay States, sementara DAP menumpukan fokus mereka di kawasan-kawasan bandar.

Sekiranya setiap parti di dalam PR dapat menerima hakikat ini, perjalanan mereka ke Putrajaya pasti akan kesampaian juga dan mala petaka saperti di Bagan Pinang pasti tidak akan berulang.

Hidup Rakyat!!!

2 comments:

tok pahat said...

douSaya melihat Pakatan Rakyat masih jauh untuk sampai ke Putrajaya. Berdasarkan perubahan sikap bukan Melayu sekarang adalah tidak keterlaluan saya katakan banyak kerusi milik PR akan kembali kepada BN. Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri PR yang ada perlu diperkemaskan untuk bertahan!! jembalang yang masih ada dalam pentadbiran kerajaan spt Pejabat-pejabat kerajaan negeri yang masih dikawal oleh penyokong BN perlu dinyahkan segera.

Sepatutnya pimpinan PK setiap negeri sudah mula mencari peluang untuk mendekati kaum muda yang trend terkini semakin berani berubah terutama kes di Bgn Pinang dan Manik Urai.

Saya juga melihat PKR masih lemah terutama di beberapa negeri di Selatan tanah air dan sebaliknya Pas yang kelihatan lebih banyak cawangan dan petugas. Pakatan rakyat perlu memberi tumpuan besar di Kota Siputeh, pilih calon terbaik orang tempatan. Pastikan pemimpin utama Pakatan jaga akhlak dan mulut dalam tempoh berperang ini kerana tersilap langkah boleh dijadikan bahan untuk media kerajaan BN.

kaiyet said...

Salam Sdr. Col.

Saya bersetuju dengan apa yang dihujah oleh Col.

PAS tidak boleh kalah dalam Pilihanraya kecil Kota Seputeh (jika ada, pending appeal). Ia bukan sahaja boleh menebus maruah setelah kekalahan di Bagan Pinang, malah adalah satu referendum kepada kerajaan Pakatan Kedah yang dibayankan 'hulu-hala'. Walaupun 308, BN menang dalam Kota Seputeh, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana Kerajaan Kedah sekarang adalah Pakatan, terutamanya PAS sendiri.

Sama ada Kerajaan Kedah telah melaksanakan obligasinya dengan baik sejak 308, Pilihanraya Kecil ni akan menunjukkan semua.