Kadang-kadang seronok juga membaca akhbar Utusan Malaysia dan dengan itu saya sarankan agar Pakatan Rakyat menarik balik arahan mereka untuk memulaukan Utusan Malaysia.
Hari ini, 16 Feb 2010 saya terbaca satu analisis yang ditulis oleh Nadzir Awang Ahmad di muka surat 10 yang bertajuk "Krisis Pembangkang Serius' yang agak kelakar yang mungkin menggambarkan cara pemikiran orang-orang UMNO masa dulu, kini dan selamanya.
Pertama sekali saya kira tidak perlulah saya membuat komen tentang tajuk rencana itu sendiri yang menggunakan bahasa cacamerba seperti perkataan 'serius'. Biarlah pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang mengambil isu itu dan saya kira Utusan Malaysia juga termasuk didalam gulungan itu.
Menyentuh tentang nama-nama dan gambar yang disiarkan didalam rencana itu yang dikatakan 'nama-nama besar', saya percaya kita dapat menyelami cara pemikiran orang-orang UMNO yang sebenar. Bagi orang-orang UMNO, mereka-mereka yang bertindak sebagai 'budak suruhan' atau 'runner' kepada menteri-menteri adalah dianggap sebagai 'nama-nama besar'. Mungkin agaknya ini lah yang berlaku didalam UMNO selama ini. Kita tidak perlu berjumpa dengan menteri-menteri sekiranya kita mahukan sesuatu projek. Memadailah saja berjumpa dengan 'nama-nama besar' dalam istilah UMNO itu dan pasti projek itu akan bergegas turun.
Kalau kita perhatikan dalam 12 orang yang disenaraikan oleh Nadzir Awang Ahmad, mungkin hanya 2 orang yang boleh dianggap mempunyai nama besar: Marina Yusof dan Dr. Chandra Muzaffar. Namun nama mereka tidak lah sebesar mana didalam dunia politik Malaysia. Marina Yusof tidak mempunyai tempat didalam UMNO, meneruskan perjuangannya didalam Parti Melayu Semangat 46 dan setelah Semangat 46 dibubarkan, berjinak pula didalam Parti KeAdilan; tetapi saya tidak nampak apakah sumbangan yang dapat beliau berikan kepada Parti KeAdilan. Keadaan ini jelas kelihatan semasa Pilihanraya Umum Tahun 1999 dimana Parti KeAdilan tidak mendapat tempat dihati rakyat seperti Pilihanraya Tahun 2008 yang lepas. Begitu juga dengan Dr. Chandra Muzaffar. Beliau bukanlah seorang politician. Mempunyai ijazah kedoktoran didalam bidang Sains Politik bukanlah membuatkan seseorang itu secara otomatiknya mahir sebagai seorang politician. Kita harus lah dapat membezakan antara politician dengan 'penganalisis politik'. Ia amat jauh berbeza. Keadaan ini samalah juga dengan keadaan seorang profesor yang mengajar atau menulis berbagai buku dalam bidang pentadbiran perniagaan tetapi belum pasti mereka akan dapat melonjakkan Malaysia Airlines atau pun pengeluaran dan penjualan kereta-kereta Proton, misalnya, jika dilantik sebagai Pengarah Urusan didalam syarikat-syarikat GLC tersebut. Maka sebab itulah agaknya tiada diantara mereka yang dilantik untuk menerajui syarikat-syarikat milik Kerajaan meskipun prestasi beberapa syarikat milik Kerajaan tidak lah begitu membanggakan.
Nama-nama seperti Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi, saya kira tidak perlulah saya sentuh kerana nama-nama itu hanya menjadi 'besar' dalam istilah UMNO hanya setelah mereka bertindak keluar dari Pakatan Rakyat hingga menyebabkan Kerajaan PR di Perak runtuh. Kalau itu lah yang menjadi ukuran 'nama-nama besar' didalam UMNO, yang bakal mendapat tempat didalam buku-buku sejarah dinegara ini, saya percaya 'we are not going anywhere'.
What a pity!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment