Tuesday, March 16, 2010

1Malaysia: Satu Lagi Projek Rhetorik Kerajaan BN

Sungguh pun DS Najib telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang konsep Gagasan 1Malaysia di Parlimen pagi tadi, tetapi nampaknya konsep yang cuba diketengahkan oleh beliau itu masih lagi samar-samar dan tidak mungkin akan membawa negara ini kemana-mana kerana konsep itu sebenarnya adalah tidak lebih dan tidak bukan hanyalah merupakan satu lagi Projek Rhetorik Kerajaan Barisan Nasional yang dipelupori oleh UMNO.

Yang nyatanya selagi peranan UMNO dilihat sebagai dominan selagi itulah konsep 1Malaysia tidak akan membawa Malaysia kemana-mana. Cakap lah apa pun. Anjurlah berapa banyak program seperti Juara Rakyat pun, konsep itu tidak akan berjaya dijadikan umpan selagi Kerajaan BN masih dilihat seakan-akan belum bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain seperti MCA dan MIC terutamanya didalam menerajui kementerian-kementerian penting seperti KDN, Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pertahanan.

Atau apakah DS Najib sendiri akan ditolak oleh UMNO sekiranya beliau berbuat demikian.

Allah saja Yang Maha Mengetahui ...

No comments: