Mesyuarat Agung MCA yang bakal diadakan pada 27hb Mac ini yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Presiden, pastinya akan menjanjikan satu keputusan yang menarik.
Pertandingan tiga penjuru itu nampaknya akan menyebelahi Chua Soi Lek (CSL) kerana penyokong-penyokong Ong Tee Kiat (OTK) dan Ong Ka Ting (OKT) adalah dari kem yang sama dan dengan itu undi mereka akan berpecah. Senario ini adalah sama dengan kemenangan KJ dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu.
Begitu juga dengan pemilihan Timbalan Presiden MCA. Liow Tiong Lai (LTL), meski pun dilihat lebih popular dari Kong Choo Ha (KCH) tetapi LTL akan tewas didalam pemilihan ini kerana beliau hanya akan mendapat sokongan dari penyokong-penyokong OKT sedangkan penyokong-penyokong OTK, meski pun mereka tidak menyokong CSL, mereka akan memberikan undi kepada KCH kerana mereka tidak mahu melihat kemenangan LTL yang dikatakan menikam bossnya (OTK) dari belakang.
Dengan kemenangan CSL dan KCH, kemelut kepimpinan didalam MCA nampaknya akan selesai. Puak-puak OKT dan OTK sudah tentunya akan perlahan-lahan diusir keluar, sekiranya tidak luka lama sudah pasti akan berdarah kembali. Sebagai orang politik sudah pasti CSL lebih tahu apa yang terbaik untuk beliau dan MCA.
Namun begitu, penyelesaian kemelut politik MCA nampaknya tidak akan membawa berita gembira kepada BN. Yang nyatanya Kerajaan BN terpaksa mencari sunah dan hadis bagaimana hendak menghalalkan perbuatan CSL di Batu Pahat sedikit masa dahulu, sehingga menyebabkan CSL terpaksa melepaskan jawatan kabinetnya. Sunnah dan hadis itu amat perlu, sekiranya tidak, ia amat sukar bagi Kerajaan BN untuk membawa masuk CSL kedalam kabinet mereka kerana CSL sendiri sedar akan kesilapannya itu dan berpendapat beliau sendiri tidak layak untuk duduk didalam kabinet, maka sebab itu lah beliau berundur.
Yang nyatanya masaalah BN akan bertambah rumit sekiranya CSL selaku Presiden MCA dibiarkan terus berada diluar kabinet.
Mungkin inilah keadaan yang dikatakan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment