Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang bakal diadakan dalam masa terdekat pastinya akan memeningkan kepala kedua-dua pihak BN dan PR kerana Hulu Selangor bukan lah boleh dikatakan kubu kuat PR mahu pun kubu kuat BN. Kedua-dua parti mempunyai peluang yang sama dan jika dilihat dari segi demografi, hanya pemilihan calun yang akan membezakan yang menang dengan yang kalah. Dengan itu kedua-dua pihak tidak boleh mengambil sikap sambil lewa didalam soal pemilihan calun. Dan yang pentingnya, strategi serta pendekatan yang digunakan di Hulu Selangor boleh dijadikan iktibar didalam pemilihan calun bagi Pilihanraya ke-13 kelak.
Dari segi sejarah BN, kerusi Hulu Selangor sentiasa diberikan kepada MIC sehinggalah ke pilihanraya yang lepas dimana calun MIC tumpas ditangan calun dari PKR. Dengan itu tidak heran lah jika Samy Velu menjadi orang yang pertama yang menuntut kerusi itu supaya diberikan kepada MIC. Malah beliau tidak teragak-agak untuk menamakan Palanivel sebagai calunnya. Disamping itu, terdapat juga suara-suara sumbang dari UMNO yang mahukan kerusi itu diberikan kepada TS Muhamad Muhd Taib supaya kemenangan bersejarah TS Isa Samad di Bagan Pinang dapat diulangi.
Yang nyatanya, meskipun UMNO berjaya merampas kerusi Hulu Selangor dari MIC, kerusi itu tidak akan diberikan sama sekali kepada TS Muhamad Muhd Taib kerana TS Muhyidin Yassin, selaku Timbalan Presiden UMNO (yang ditentang oleh TS Muhamad) sudah tentunya tidak akan bersetuju. Dengan ketiadaan nama-nama besar dari UMNO yang boleh diketengahkan, saya kira BN tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan Palanivel sebagai calun. Malah pencalunan Palanivel akan menampakkan prinsip 'kongsi kuasa' yang diamalkan oleh BN selama ini.
Bagi menentang Palanivel, saya kira PR harus meletakkan calun dari kalangan orang India sama ada dari PKR atau pun dari DAP. Kemenangan Dato Dr. Zainal dalam Pilihanraya ke-12 tidak boleh dijadikan ukuran kerana beliau adalah bekas Timbalan Menteri Besar Selangor yang tentunya tidak boleh disamakan dengan Dato Zaid Ibrahim atau pun Syed Shahir. Calun dari kalangan orang Cina juga tidak sesuai kerana pengundi-pengundi di Hulu Selangor sudah biasa berurusan dengan 'Palanivel'.
Yang nyatanya, meskipun kebelakangan ini terdapat banyak isu-isu negatif tentang PR, pendirian pengundi-pengundi bukan Melayu masih lagi belum berganjak dan Hulu Selangor mempunyai 47% pengundi bukan Melayu.
Saya percaya sekiranya PAS boleh membawa 3% pengundi dari kalangan orang Melayu, PR pasti menang kerana penyokong-penyokong Muhamad Taib akan memberikan selebihnya.
Hidup PAKATAN !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment