Saturday, December 6, 2008

UMNO Tidak Perlu MCA Dan Gerakan Lagi

Semenjak BN kalah teruk di pilehanraya yang lepas, nampaknya MCA dan Gerakan tidak segan silu dan tidak habis-habis untuk menyalahkan UMNO. Semua dasar BN yang mana mereka turut menyokong dahulu diungkit semula. Konsep ketuanan Melayu yang telah lama diamalkan dinegara ini dipertikaikan. Melayu juga dikatakan kaum pendatang saperti mereka. Mukhriz disarankan oleh mereka untuk ditahan dibawah ISA kerana mencadangkan satu sistem persekolahan. Yang anehnya, mereka juga menyarankan agar ISA dimansuhkan tetapi pada masa yang sama rupanya mereka pun masih sayang kepada ISA. Agaknya apabila sudah kalah, fikiran pun menjadi celaru. Semua orang tidak betul. Mereka saja yang betul. Sebab itu lah agaknya kita sering terdengar ada yang bunuh diri, terjun tingkap dan sebagainya bila mereka kalah judi.

Demi untuk mempertahankan konsep BN dan konsep perkongsian kuasa terpaksa lah UMNO mengalah sentiasa. Dan ada diantara Ketua Bahagian UMNO yang terpaksa dilucutkan jawatan nya demi untuk menjaga hati kaum MCA dan kaum Gerakan.

Sebenarnya jika diteliti keputusan pilehanraya yang lepas dengan secara terperinci, UMNO/BN tidak memerlukan MCA atau Gerakan lagi. Kedua-dua parti tersebut tidak lagi mendapat sokongan dari kaum mereka. Dan ini lah yang membolehkan beberapa orang dari kaum India menang jawatan tertinggi didalam pemilihan parti Gerakan tempuhari.

Dengan yang demikian UMNO/BN perlu membuat pendirian dan tidak perlu menghabiskan masa untuk memujuk atau mengambil hati MCA dan Gerakan lagi. Sebaliknya, UMNO/BN perlu memberikan tumpuan kepada kaum Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja. Jika ini dapat dilakukan, nescaya UMNO/BN akan terus memerintah negara ini tanpa boleh diganggu gugat oleh mana-mana kaum lain.

Malah kekuatan politik Melayu mungkin akan menjadi lebih unggul jika PAS dibawa masuk kedalam BN. Jika PAS boleh duduk makan semeja dengan DAP yang menggunakan chopstick dan terang-terang memusuhi konsep Negara Islam yang diidamkan oleh PAS , saya percaya PAS boleh duduk bersila untuk makan bersama UMNO. Untuk menebus kesalahan UMNO yang lepas terhadap PAS dan demi untuk menyakinkan PAS, UMNO mestilah membenarkan PAS untuk menubuhkan kerajaan di Selangor dan Perak.

Didalam politik, semuanya boleh menjadi kemungkinan. Dengan itu jangan lah hendaknya ada dikalangan pemimpin UMNO atau PAS yang berfikiran sempit dan terus mengamalkan politik sempit.

Tuesday, November 25, 2008

Gambar Pun Boleh Bercakap

Di hujung minggu yang lepas saya berada di Kota Baru kerana menghadiri Persidangan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang telah diresmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Selepas selesai persidangan tersebut saya dan seorang lagi rakan telah mengambil peluang untuk bersiar-siar di pekan Kota Baru. Apa yang anehnya, tidak satu pun saya ternampak gambar Menteri Besar Kelantan yang di paparkan dimana-mana.

Keadaan ini agak berbeza jika dibandingkan dengan negeri saya dimana gambar Menteri Besarnya terpampang dimerata-rata tempat dan disepanjang tahun. Bermula dengan ucapan Selamat Tahun Baru, diikuti dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina, ucapan Selamat Hari Raya, ucapan Selamat Hari Deepavali dan diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Krismas. Dalam pada itu gambar Menteri Besar juga dipaparkan apabila mengucapkan Selamat Datang kepada menteri-menteri pusat saperti kedatangan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet. Pendek kata, gambar Menteri Besar sentiasa terpampang diserata tempat dan jika masih ada rakyat Negeri Sembilan atau pelancong asing yang tidak kenal paras rupa Menteri Besar itu, mereka memanglah terdiri dari gulungan orang-orang yang jahil.

Sebenarnya pemasangan banner-banner tersebut bukan saja merupakan satu keuntungan kepada industri-industri kecil yang mungkin boleh menjana pendapatan melebihi RM 1 juta setahun tetapi ia adalah satu strategi pemerintahan yang menjaminkan pulangan yang tidak ternilai oleh wang ringgit. Malah strategi ini telah lama digunakan secara meluas dinegeri-negeri Islam di Timur Tengah saperti di Iraq, Jordan dan Syria.

Di Syria, semasa zaman pemerintahan Presiden Assad, gambar presiden mereka boleh dikatakan terdapat di serata tempat bermula dari pintu masuk sehinggalah keseluruh ceruk kampung. Tidak ada se inci pun tanah dimana rakyat Syria boleh terlepas dari pandangan Presiden Assad sehinggakan rakyat Syria percaya bahawa gambar Presiden Assad boleh mendengar apa yang mereka perbualkan. Malah kepercayaan mereka itu semakin menebal apabila ada dikalangan mereka yang mengutuk atau menghina Presiden mereka akan terus ditangkap keesokannya oleh pihak berkuasa dan kadangkala termasuk seluruh ahli keluarga mereka.

Sungguh pun sebenarnya Presiden Assad memperkasakan dirinya dengan cara menubuhkan sebuah badan Perkhidmatan Rahsia yang dianggotai oleh 7 juta orang, iaitu setengah dari keseluruhan rakyat Syria, yang bermakna tiap-tiap seorang rakyat Syria akan diawasi oleh seorang anggota perkhidmatan rahsia, rakyat Syria masih mahu mempercayai bahawa sebenarnya gambar-gambar presiden mereka itu boleh mendengar dan bukannya Presiden mereka mendapatkan maklumat dari anggota-anggota perkhidmatan rahsia. Akibat dari kepercayaan mereka itu, kita boleh melihat sendiri bagaimana cara ketika rakyat Syria berjalan kaki. Mereka akan tunduk ketika berjalan dan tidak berani menatap wajah Presiden mereka kerana takut disalah ertikan oleh Presiden Assad yang boleh membawa bencana bukan saja kepada mereka malah kepada kaum keluarga mereka.

Keadaan ini lah yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Rembau yang berlangsung pada 9hb November tempuhari. Semua perwakilan yang diberikan Senarai Biru telah menggunakan senarai itu didalam memilih AJK Bahagian dan pemilihan G7. Dan adalah tidak menghairankan bahawa semua nama-nama yang terdapat didalam Senarai Biru itu telah memenangi pemilihan tersebut.

Saya percaya jika strategi ini terlepas kepada Tuan Guru Nik Aziz, Kerajaan PAS sudah tentu akan terus memerintah Kelantan.

Wednesday, October 22, 2008

Mukhriz Tidak Relevan Selepas Zaman Pak Lah

Dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Mukhriz nampaknya telah jauh meninggalkan Khairy. Keadaan saperti ini sudah tetunya tidak akan berlaku sekiranya Pak Lah tidak mengumumkan pengundurannya.

Ini lah budaya sebenar didalam UMNO. Budaya haprak yang telah diwarisi sekian lama. Apabila seseorang itu mempunyai jawatan dan kedudukan, semua datang mencium tangan. Tapi bila jawatan dan kedudukan itu hilang, usahkan mencium tangan, bersalam pun mereka tidak mahu. Kalau lalu pun mereka buat-buat tak perasan. Hendak bergambar jauh sekali. Takut gambar mereka disiarkan dan jika itu berlaku saham mereka akan jatuh merudum. Keadaan ini terjadi kepada Tun Dr. Mahathir dan kini giliran Khairy pula.

Malah rakan karib dan running-mate Khairy pun nampaknya bermain kayu tiga. Kalau Khairy baru mendapat 37 pencalunan, bagaimana Reezal Merican Naina Merican boleh mendapat 52 pencalunan? Jelas ada yang tidak kena. Ini termasuklah apa yang sedang berlaku di Negeri Sembilan apabila Khairy digagalkan.

Kepopularitian Mukhriz sememangnya sudah dijangka ramai. Mukhriz lah yang mula-mula membuka mulut meminta Pak Lah melepaskan jawatan PM apabila BN kalah teruk semasa pilihanraya yang lepas. Tindakan berani Mukhriz itu sememangnya dikagumi oleh anak-anak muda yang inginkan perubahan terutama sekali mereka-mereka yang tidak mengundi UMNO semasa pilihanraya yang lepas.

Tetapi apakah Mukhriz masih relevan sesudah senario politik UMNO berubah? Apakah Mukhriz berani menegur kepimpinan UMNO dibawah DS Najib? Sekarang ini begitu banyak isu-isu sensitif yang dikaitkan dengan DS Najib saperti isu pembelian Eurocopter, isu Altantuya, dan lain-lain lagi. Mengapa suara Mukhriz tidak kedengaran? Apakah Mukhriz bersetuju atau tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilemparkan kepada DS Najib itu? Jika beliau bersetuju, mengapa mendiamkan diri? Beliau harus membuktikan keberaniannya dengan membuat satu pendirian atau mengambil sesuatu tindakan agar segala kemungkaran yang berlaku itu akan dapat diperbetulkan atau diubah. Jika beliau tidak bersetuju, mengapa pula beliau harus mendiamkan diri dan membiarkan DS Najib membela diri bersendirian. Apakah Mukhriz boleh membawa perubahan dengan sikap berkecuali?

Apabila Tan Lian Hoe mempersendakan asal usul orang Melayu, dimana Mukhriz? Apakah Mukhriz juga bersetuju bahawa asal usul orang Melayu datangnya dari India? Apabila bekas Ketua Pemuda MCA menyarankan agar jawatan Timbalan Presiden Kedua bagi Barisan Nasional diujudkan untuk MCA, mengapa Mukhriz tidak bersuara? Apakah Muhriz juga bersetuju dengan saranan itu?

Atau apakah agaknnya Mukhriz sedang sibuk mengira undi?

Atau apakah Mukhriz tidak lagi relevan selepas ketiadaan Pak Lah? Pemuda UMNO harus menghalusi persoalan sebegini agar mereka tidak terbawa-bawa dengan keberanian Mukhriz dizaman Pak Lah.

Yang jelasnya, lanskap politik UMNO kini sudah berubah dan jika tidak ada aral melintang, DS Najib akan mengambilalih kepimpinan UMNO pada bulan Mac tahun hadapan. Untuk menentukan keberkesannya, Pemuda UMNO harus lah kembali kepada peranan asal mereka sebagai Kumpulan Pendesak yang berani memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu keseluruhannya. Dengan itu Pemuda UMNO harus meniliti semula siapakah diantara Mukhriz dan Khairy yang agaknya berani bersuara dibawah kepimpinan DS Najib.

Atau dengan lebih tepat lagi, siapakah diantara mereka yang lebih berilmu dan berani pula memainkan peranan sebagai 'budak jahat' didalam UMNO.

Sama-samalah kita renungkan dan buat pilihan yang tepat.

Thursday, October 16, 2008

Perlembagaan UMNO Perlu Di Pinda Jika Hendak Terus Relevan

UMNO perlu meminda Perlembagaannya jika UMNO hendak terus relevan dan dilihat sebagai sebuah parti yang boleh menterjemahkan sokongan dan kehendak rakyat dan bukan hanya merupakan sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang-orang UMNO sahaja.

Pertama sekali, sistem kuota didalam pemilihan UMNO mesti dihapuskan. Saya rasa perkara ini tidak perlu dihuraikan kerana sudah ramai yang berbuih mulut mempersoalkan perkara ini. Andainya sistem kuota ini tidak juga dihapuskan semasa Perhimpunan Agung akan datang yang dijangkakan pada bulan Mac 2009, saya tidak tahu lah apa lagi yang harus kita buat.

Keduanya, UMNO perlu menghormati dan matuhi Perlembagaannya sendiri. Oleh kerana Perlembagaan UMNO telah menetapkan agar satu pemilihan diadakan bagi setiap 3 tahun, pemilihan itu mestilah dijalankan pada masa yang ditetapkan itu dan hendaknya jangan lah ia ditangguh atas alasan memberi laluan kepada Pilihanraya Umum saperti yang dilakukan pada tahun 2003 dan 2007. Alasan yang diberikan bahawa pemilihan UMNO terpaksa ditangguhkan kerana tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin UMNO yang kalah didalam pemilihan yang lazimnya akan merajuk, lantas tidak akan memberikan sokongan padu kepada calun UMNO semasa Pilihanraya Umum kelak tidak boleh diterima sama sekali dan tidak masuk akal. Jika kita menerima alasan ini, ia bermakna kita mengakui bahawa orang-orang Melayu masih tidak faham akan makna dan semangat sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini. Apakah ini yang hendak kita pertontonkan kepada dunia dan semua lapisan rakyat Malaysia?

Sebenarnya, pemilihan didalam UMNO adalah lebih sempurna jika ia diadakan sebelum sesuatu Pilihanraya Umum diadakan. Pemilihan itu akan memberi mandat baru kepada pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat. Akar umbi akan dapat memilih calun-calun yang mereka hendak ketengahkan semasa Pilihanraya Umum kelak dan menolak mana-mana pemimpin yang dilihat sudah lapuk. Jika pemilihan yang dijadualkan oleh Perlembagaan itu ditangguhkan, lazimnya semua calun-calun yang bakal bertanding didalam Pilihanraya Umum adalah calun-calun yang ditentukan dari atas dan suara akar umbi langsong tidak diambil kira. Akar umbi didalam parti mungkin boleh menerima jika ia dilakukan buat pertama kalinya saperti dalam tahun 2004 tetapi jika ia terus dilakukan nescaya ia akan membawa padah. Dan ini lah yang berlaku semasa Pilihanraya Umum 2008. Di Rembau, misalnya, Khairy, menantu Pak Lah, hampir tewas sungguh pun Rembau selama ini dianggap sebagai satu kawasan yang paling selamat bagi UMNO.

Yang jelasnya, sekiranya pemilihan UMNO hanya diadakan selepas Pilihanraya Umum, pemilihan itu sebenarnya tiada memberi sebarang makna. Ia hanya lah merupakan satu 'academic exercise' sahaja. Mereka-mereka yang sudah bergelar YB, yang diterjunkan dari atas, lazimnya akan menang dengan mudah sebab mereka sudah mempunyai 'gula'gula'.

Oleh kerana saya orang Rembau, saya suka mengambil Rembau sebagai contoh. Di Rembau, misalnya, apabila Bahagian itu diujudkan pada tahun 2003, Pak Lah telah meletakkan Mohamad Hassan sebagai Ketua Penaja bahagian itu. Selepas Pilihanraya Umum 2004, Pak Lah pun melantik Mohamad Hassan, yang masih selaku Ketua Penaja UMNO Bahagian Rembau, sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Kemudian dari itu baru lah pemilihan UMNO diadakan. Dalam keadaan sebegitu, sudah tentu lah orang-orang Rembau tiada mempunyai pilihan dan TERPAKSA menerima kehadiran Mohamad Hassan sebagai Ketua Bahagian mereka meskipun mereka tidak kenal siapa itu Mohamad Hassan. Ia adalah satu 'fait accompli' yang dipaksakan dari atas dan kesannya sudah tentu lah tidak membawa kebaikan kepada perpaduan didalam parti yang mana akhirnya, Negeri Sembilan hampir tumpas kepada pembangkang dalam Pilihanraya Umum yang lepas.

Akhir sekali saya juga ingin mencadangkan agar UMNO melihat semula jumlah perwakilan bahagian (atau lazimnya dipanggil G7) yang di pilih untuk hadir di Perhimpunan Agung. Satu sistem 'demerit' perlu diujudkan. Jumlah perwakilan dari bahagian-bahagian mestilah mencerminkan keupayaan sebenar UMNO dibahagian masing-masing. Mana-mana Bahagian UMNO yang menguasai kawasan Parlimen dan DUN mereka, mereka mestilah diberikan jumlah perwakilan yang lebih dari bahagian-bahagian dimana UMNO tidak mempunyai tempat. Bahagian Kuala Pilah, misalnya, dimana kesemua kerusi DUN dan Parlimen ditandingi dan dimenangi oleh calun-calun dari UMNO, bahagian itu mestilah diberikan jumlah perwakilan yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah perwakilan dari Bahagian Bukit Bintang, yang mana kita semua tahu sehingga hari kiamat pun UMNO Bahagian Buit Bintang tidak akan dapat meletakkan calun mereka di kawasan itu. Begitu juga dengan bahagian-bahagian dimana UMNO mempunyai tempat dan bertanding tetapi kalah ditangan pembangkang. Jumlah perwakilan mereka mestilah dikurangkan jika dibandingkan dengan Bahagian Kuala Pilah yang menang kesemuanya. Sekiranya ini dapat dilakukan, UMNO akan sentiasa mempunyai barisan kepimpinan dari kalangan mereka-mereka yang datangnya dari negeri-negeri dimana UMNO masih diterima oleh rakyat dan bukannya dari mereka-mereka yang hanya pandai 'berkokok' tetapi kampungnya telah tergadai.

Wednesday, October 15, 2008

Mohamad Hassan Takut Pada Bayang-Bayang

Dengar khabarnya Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau) akan menangguhkan Mesyuarat UMNO Bahagian Rembau dari tarikh asal, 26 Okt ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan.

Penangguhan ini mungkin ada kena mengena dengan keputusan Mesyuarat UMNO di Bahagian Jempul dan Bahagian Jelebu dimana kesemua calun-calun yang dilihat saperti ditaja oleh Mohamad Hassan tewas. Dengan itu apakah penangguhan ini adalah merupakan usaha terakhir beliau untuk menyelamatkan diri.

Di Jelebu, Yunus Rahmat (EXCO Kerajaan Negeri Sembilan) tewas ditangan Rais Yatim. Di Jempul, Aziz Shamsudin (ADUN Palong) dan Shamsul (EXCO Kerajaan Negeri Sembilan) juga tewas. Yang peliknya kedua-dua calun Timbalan Ketua Bahagian di Jelebu dan Jempul dimenangi oleh calun-calun yang 'rapat' dengan TS Isa Samad.

Malah Mohamad Hassan juga tidak dapat menyelamatkan menantu Pak Lah. Setakat ini tiga bahagian di Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat dan ketiga-tiga bahagian tersebut telah mencalunkan Mukhriz. Yang anehnya, Khairy juga tumpas di Bahagian Rasah, iaitu salah satu kubu kuat Mohamad Hassan di Negeri Sembilan. Keadaan ini adalah sesuatu yang amat memalukan bagi Mohamad Hassan. Mungkin selepas ini beliau tidak berani hendak menunjukkan mukanya dihadapan Pak Lah.

Jasa Pak Lah kepada Mohamad Hassan sememangnya tidak boleh dibayar oleh Mohamad Hassan. Pak Lah lah yang bertanggungjawab yang menjadikan Mohamad Hassan sebagai 'orang yang bernama' di Negeri Sembilan. Sebelum menjadi Menteri Besar, usahkan orang-orang Negeri Sembilan, orang-orang UMNO pun tidak kenal dan tidak pernah dengar nama Mohamad Hassan. Orang Rembau jauh sekali. Tapi, apakah ini balasan yang diberikan oleh Mohamad Hassan kepada Pak Lah. Atau apakah Mohamad Hassan sengaja menyusun strategi untuk melihat Khairy kalah agar beliau diterima masuk kedalam kem DS Najib?

Tetapi yang nyatanya, di Bahagian Rembau sendiri Mohamad Hassan sedang menyaksikan kepimpinannya ditolak maka sebab itu lah Mesyuarat UMNO Bahagian Rembau perlu ditunda. Mohamad mungkin kuatir nama beliau tidak dicalunkan oleh bahagiannya sendiri didalam usaha beliau untuk merebut jawatan Naib Presiden. Mohamad sebenarnya sedang dikejar oleh bayang-bayangnya sendiri. Ini lah agaknya akibatnya jika menggunakan 'payung terjun' didalam politik!!!

Tuesday, October 14, 2008

Ketua Wanita Gerakan Buta Sejarah dan Buta Mata Hati

Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, YB Tan Lian Hoe yang menyatakan bahawa orang-orang Melayu sebagai orang pendatang, sama saperti orang Cina dan India, memang lah merupakan satu kenyataan yang biadap dan kenyataan seumpama itu boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang mungkin akan berakhir dengan ketegangan kaum. Namun jika perkara yang tidak diingini itu berlaku tiada siapa yang akan mendapat keuntungan. Yang menang akan menjadi abu dan yang kalah menjadi arang.

Bagi memelihara perhubungan kaum dinegara ini yang semakin rapuh, elok lah kenyataan YB Tan itu tidak dibesar-besarkan dan kita harus lah melihat kepada 'the big picture' bagaimana untuk mempereratkan lagi hubungan kaum dan bukannya menambah hodohkan perkara yang kebelakangan ini sememangnya sudah menjadi hodoh.

Lagi pula Parti Gerakan bukan lah sebuah parti yang besar. Jika tiada Gerakan didalam BN pun, BN masih boleh berkuasa. Parti Gerakan adalah tidak lebih dari merupakan parti serpihan MCA dan tidak ramai pemimpin-pemimpin mereka yang cerdik pandai pun, saperti MCA. Malah yang cantik macam Dr. Ng Yen Yen pun tiada. Jadi saya rasa tak berbaloi jika orang-orang Melayu hendak bangkit menentang YB Tan atau pun Parti Gerakan itu sendiri.

Biarkan lah mereka dengan dunia mereka. Mereka pun nampaknya sedang terumbang ambing semenjak diusir keluar dari kampung mereka di Pulau Pinang. Mereka masih teraba-raba untuk mencari alasan mengapa mereka harus terus ujud dan tidak heran lah ada kalanya mereka dilihat seakan akan meniru gaya HINDRAF. Sebagai sebuah parti kampung, kita tidak boleh berharap sangat dengan mereka.

Namun YB Tan perlu diberikan sedikit nasihat. Jika beliau hanya sebagai Ketua Wanita Gerakan, saya percaya, tiada siapa akan peduli tentang apa yang beliau perkatakan. Tetapi beliau adalah juga Timbalan Menteri Penerangan, sebuah kementerian yang begitu penting dan sekiranya tingkahlaku beliau dibiarkan begitu sahaja, mungkin ia boleh mengakibatkan kesan buruk jangka panjang terutamanya dari segi hubungan kaum di negara ini.

Sebenarnya YB Tan perlu berpijak dibumi nyata. Sebagai seorang Menteri, mungkin rakyat boleh menerima mana-mana Menteri yang buta sejarah kerana mungkin sesetengah mereka mendapat pendidikan dalam aliran sains atau mendapat pendidikan diluar negara saperti Taiwan. Tetapi rakyat mungkin tidak boleh menerima jika pemimpin mereka juga adalah buta mata hati.

Untuk mengetahui sejarah sebenar Malaysia, ia adalah amat mudah. Ia tidak penting jika kita tidak tahu dimana letaknya kesempadanan Kepulauan Melayu atau The Malay Archipelago. Dan kita juga tidak perlulah untuk mengetahui samada wilayah selatan Thailand juga termasuk didalam kesempadanan itu. Kita celikkan mata kita yang sepet itu dan kita lihat saja disekeliling kita. Adakah nama raja-raja dinegara ini saperti Wee Ken Fatt atau Soo Ken Wee. Jika raja-raja yang terdapat dinegara ini adalah terdiri dari Raja-Raja Melayu, adalah agar sukar bagi sesiapa pun yang hendak menghujahkan atau memanupulasikan fakta bahawa penduduk asal negara ini adalah bukan orang Melayu.


Kepada YB Tan saya ingin menasihatkan agar biar lah kita buta sejarah tetapi jangan buta mata hati.

Saturday, October 11, 2008

Satu Dua Nasihat Untuk Bakal Ketua Pemuda UMNO

Sebagai salah satu sayap didalam UMNO, Pemuda UMNO seharusnya berani beraksi sebagai satu kumpulan pendesak (pressure group) kepada badan induk agar perjuangan UMNO akan sentiasa berada dilandasan yang betul. Pemuda UMNO harus berani memperjuangkan hak-hak orang Melayu saperti yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan menegur mana-mana dasar terutamanya dasar-dasar Kerajaan yang dilihat saperti tidak menyebelahi orang-orang Melayu.

Untuk membolehkan Pemuda UMNO memainkan peranan sebagai Kumpulan Pendesak yang berkesan dan efektif, sebaiknya Ketua Pemuda UMNO atau mana-mana anggota Pemuda, janganlah menerima atau memegang sebarang jawatan didalam Kabinet kerana ia bertentangan dengan teori pengasingan kuasa, iaitu salah satu tunggak penting didalam sistem demokrasi. Namun ini tidaklah bermakna anggota-anggota Pemuda UMNO tidak boleh dilantik mengganggotai Kerajaan atau pun Kabinet. Sekiranya terdapat mana-mana anggota Pemuda yang berkaliber tinggi dan layak diangkat mengganggotai Kerajaan/Kabinet, mereka boleh menerima perlantikan itu dan tidak perlulah mereka menunggu sehingga berumur 40 tahun tetapi mereka mestilah meninggalkan sayap Pemuda dan masuk ke dalam badan induk (mainstream politics).

Sebagai Kumpulan Pendesak, Pemuda UMNO, dalam anologi perundangan, boleh di ibaratkan sebagai kanak-kanak dibawah umur 10 tahun 'who can do no wrong'. Dengan itu mereka dibolehkan untuk 'memekik dan melolong', bersilat dan menghunus keris serta menunjuk perasaan. Tetapi sekiranya mereka berjawatan Menteri yang mempunyai 'collective responsibility' tentulah perbuatan sedemikian tidak sesuai terutama sekali jika sesuatu tunjuk perasaan itu diadakan dihadapan mana-mana kedutaan asing kerana ia akan dilihat sebagai satu tindakan resmi dari pihak Kerajaan. Tindakan sedemikian juga tidak sesuai bagi seseorang yang berjawatan Menteri jika dilakukan bagi tujuan membantah mana-mana dasar yang menyebelahi sesuatu kaum mahupun untuk kaumnya sendiri. Sebagai seorang Menteri, gaya pemikiran seseorang itu semestinya lah telah melepasi 'garisan kaum' dan hendaklah berkelakuan sebagai 'statesman' yang dilihat adil dan saksama oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum. Sekiranya tidak, kaum-kaum lain akan memandang serong terhadap kementerian yang diterajuinya termasuklah dasar-dasar yang dibuat oleh kementerian itu.

Sebagai kanak-kanak yang berumur dibawah 10 tahun, yang belum mempunyai jasa kepada negara, sebaiknya pemuda-pemuda UMNO janganlah terlalu ghairah untuk memakai gelaran 'Dato'. Memanglah gelaran 'Dato' itu glamour dan mungkin boleh memudahkan 'bisnes', namun pemuda-pemuda UMNO harus membuat pilihan. Sekiranya mereka berminat dalam bisnes, tumpukanlah segala usaha dan tenaga dalam bidang bisnes agar menjadi seorang ahli perniagaan Melayu yang benar-benar berjaya dan disegani. Maka tinggalkan lah dunia politik. You cannot have the cake and eat it. Kalau dulu Tun Ghaffar Baba boleh sampai ke peringkat Timbalan Perdana Menteri dengan hanya bergelar 'Encik Ghaffar', saya tidak nampak hujah-hujah lain yang menyakinkan.

Tambahan pula bila sudah bergelar 'Dato', yang semestinya datang dengan kereta Mercedes, sudah tentunya keadaan itu akan 'menakutkan' pemuda-pemuda kampung yang lazimnya hanya bermotosikal atau berkereta Kancil sahaja.

Sekiranya ini berlaku ia akan menjauhkan lagi Pemuda UMNO dari gulungan muda.

Friday, October 10, 2008

Timb Presiden UMNO: Muhamad Mohamad Taib Berpeluang?

TS Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden. Dengan pengumuman itu, setakat ini telah ada empat orang calun yang mengintai-ngintai untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO itu, tempat yang sekali gus akan terpahat dikerusi Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya Hishamudin tidak menghunuskan kerisnya dahulu, mungkin Hisham adalah merupakan gandingan terbaik buat DS Najib. Dari segi usia dan 'upbringing', beliau sememangnya sesuai dan sebagai orang Johor, ia memberikan kelebihan kepada beliau. UMNO masih mempunyai tempat disudut hati rakyat Johor. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Kalau mengikut ukuran Dato Shahril Samad(DSS), hanya mereka-mereka yang berumur dibawah 55 tahun sahaja yang layak bertanding. Saya amat bersetuju dengan had umur yang disarankan oleh DSS itu. Namun had umur semata tidak boleh dijadikan sandaran. Ia mestilah di komplemen dengan faktor-faktor lain saperti pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara tertumanya dalam soal-soal ekonomi, kewangan, hubungan antarabangsa, kebajikan dan sosial. Jika faktor-faktor ini diambil kira, ini bermakna Nur Jazlan mungkin belum lagi sesuai untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden itu sungguh pun bapanya, TS Mohamad Rahmat (TSMR), yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO, amat yakin dengan kebolehan anakya itu. Mungkin disini kesilapan nya bukan terletak pada Nur Jazlan tetapi pada TSMR sendiri kerana beliau terlalu lama menduduki takhta UMNO di Pulai. Keadaan ini juga boleh dibuat pengajaran bagi semua pemimpin UMNO sekiranya UMNO benar-benar ingin diremajakan.

Sokongan yang diterima oleh Nur Jazlan terutamanya dari Johor, boleh juga dilihat dari satu sudut lain. Nampaknya ada orang-orang Johor yang tidak mahu melihat TS Muhyiddin menduduki kerusi nombor dua negara itu. Sebagaimana kita maklum, TS Muhyiddin adalah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mempelopori pelan peralihan kuasa dari Pak Lah kepada DS Najib. Tekanan yang diberikan oleh Muhyiddin itu, sudah tentunya tidak diterima baik oleh orang-orang Pak Lah, terutama sekali mereka-mereka yang bergantung nasib kepada Pak Lah. Dan mereka-mereka ini lah yang akan memberikan sokongan kepada Nur Jazlan, bukan kerana mereka sukakan Nur Jazlan tetapi disebabkan mereka 'benci' kepada Muhyiddin kerana tindakan Muhyiddin telah diliihat sebagai menganggu gugat kedudukan mereka. Oleh kerana Johor mempunyai banyak bahagian, mungkin keupayaan Muhyiddin untuk mendapatkan pencalunan yang secukupnya dari Johor akan kesampaian juga.

Jika dilihat dari sudut kerjaya dan pengalaman, Muhyiddin adalah merupakan calun yang paling layak bagi jawatan Timbalan Presiden. Namun usia tidak menyebelahi beliau. Jika beliau terus menerus menampakkan sikap berani beliau didalam menegur pemimpin, beliau mungkin akan diilihat sebagai 'a man in a hurry' dan persepsi sebegini tidak akan disenangi oleh penyokong-penyokong DS Najib.

Selain Muhyiddin Yassin, TS Muhamad Taib juga adalah merupakan 'orang lama' didalam barisan Naib Presiden, sungguh pun pada musim lalu beliau telah terkeluar dari senarai ekoran dari perletakan jawatan beliau selaku Menteri Besar Selangor. Namun kedudukannya sebagai Ketua Penerangan UMNO telah memberikan beliau sedikit kelebihan terutamanya didalam hal-hal parti dan sekali gus membolehkan beliau mendekati para perwakilan. Selaku orang kuat kepada Pak Lah, beliau juga boleh meraih undi dari penyokong-penyokong setia Pak Lah. Tetapi selain dari soal parti dan Pak Lah, tiada faktor-faktor lain yang menyebelahi beliau, baik dari segi usia mahupun dari segi pengalaman. Beliau juga adalah merupakan seorang senator dan bukan pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Adalah agak janggal jika Malaysia mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang bertaraf Senator!!!

DS Ali Rustam, sungguh pun merupakan Naib Presiden bagi musim ini, beliau sebenarya adalah 'orang baru' jika dibandingkan dengan Muhyiddin dan TS Muhamad Taib. Ali Rustam juga tidak mempunyai pengalaman didalam pentadbiran negara. Beliau hanya pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri sebelum dinobatkan sebagai Ketua Menteri Melaka. Kemenangan Ali Rustam juga akan mengakibatkan negara terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk membawa beliau dari Melaka ke Putrajaya. Satu pilihanraya kecil Parlimen terpaksa diadakan dan satu pilihanraya kecil DUN juga terpaksa diadakan untuk membawa pulang Datuk Wira Abu Seman. Untuk tidak menyusahkan rakyat, Ali Rustam seharusnya mempunyai wawasan sendiri. Sekiranya beliau melihat dirinya sebagai pemain diperingkat negara, beliau tidak seharusnya menerima pelawaan untuk bermain diperingkat kampung dari awal-awal lagi.

Ringkasnya, saya jangkakan Muhyiddin adalah pilihan terbaik untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO. Hanya usia yang tidak menyebelahi beliau namun hidup mati kita adalah ketentuan Illahi dan bukannya ditentukan oleh para perwakilan UMNO!!!

Namun kehadiran Ali Rustam nampaknya akan menjejaskan sedikit sebanyak undi kepunyaan Muhyiddin kerana penyokong-penyokong DS Najib terpaksa membahagikan undi mereka diantara kedua-dua tokoh ini. Jika dilihat dari sudut ini, mungkin hanya undi TS Muhamad Taib yang tidak diganggu gugat yang datangnya dari penyokong-penyokong setia Pak Lah.

Apakah ini bermakna TS Muhamad Taib bakal diangkat sebagai Timbalan Presiden UMNO!!!

Wednesday, October 8, 2008

Perjuangan UMNO: Orang Melayu Masih Ada Harapan

Pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden mungkin telah mengecewakan ramai orang terutama sekali mereka-mereka yang baru hendak merasa menjadi 'orang besar' yang diangkat oleh Pak Lah entah dari mana. Mungkin mereka agak marah kepada Pak Lah kerana mereka bersusah payah mempertahankan Pak Lak tetapi Pak Lah pula telah 'berpaling tadah'. Dalam bahasa Negeri Sembilan - tak pasal-pasal mereka terjerang!!!

Namun dalam politik UMNO kesedihan mereka ini mungkin untuk sehari dua sahaja. Esok lusa kita akan dengar mereka menjerit melolong memberikan sokongan padu kepada DS Najib dan memburuk-burukkan Pak Lah saperti yang diterima oleh TDM dulu. Kalau pintu DS Najib dikawal ketat oleh 'orang-orang lama', mereka akan menceroboh masuk melalui dapur untuk mencium tangan Rosmah. Kalau dah macam itu pun masih tidak menyakinkan DS Najib, mungkin KJ, menantu Pak Lah akan dikorbankan sebagai lambang untuk menyatakan taat setia kepada DS Najib. Dan lazimnya strategi sedemikian akan berjaya juga akhirnya.

Tapi saya berharap benar agar DS Najib tidak termakan dengan strategi-strategi lapuk saperti itu. Mereka-mereka yang saperti ini seharusnya dihapuskan dari UMNO. Mereka-mereka ini bukannya pejuang bangsa tetapi petualang negara. Orang-orang melayu masih memerlukan UMNO dan hanya UMNO yang boleh menjamin nasib masa depan orang-orang Melayu. Tanpa UMNO saya percaya sudah lama orang melayu 'tidur dihumpun pisang'. Tetapi mereka-mereka ini lah yang membawa orang melayu terus mundur kebelakang. Hanya dia seorang sahaja yang boleh kehadapan.

Saya berharap benar kepimpinan baru UMNO kelak dapat mengenalpasti mereka-mereka ini. Sekiranya tidak ada jalan lain untuk mengenepikan mereka ini dan sekiranya hanya melalui pilihanraya umum sahaja baru mereka boleh digugurkan, janganlah teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya umum itu. Bak kata pepatah melayu - sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Hidup UMNO!!!

Monday, October 6, 2008

Peralihan Kuasa: Najib mungkin di alih?

Nampaknya malam ini ramai yang tak dapat melelapkan mata. Masing-masing menunggukan hari esok mengharapkan Pak Lah akan mengumumkan 'persaraan awal'nya.

Namun saya percaya bahawa Pak Lah tidak akan membuat sebarang pengumuman. Realitinya, Pak Lah tiada sebab untuk membuat sebarang pengumuman kerana Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan agar pelan peralihan kuasa ditentukan oleh bahagian-bahagian yang akan mula bermesyuarat pada 9 Okt ini. Jadi mengapa masing-masing yang mahukan pelan peralihan kuasa ditentukan oleh bahagian-bahagian, kemudian mahukan Pak Lah membuat pengumuman pula? Ini suatu perkara yang tidak masuk akal.


Yang jelasnya, Pak Lah tidak perlu untuk menarik diri kerana beliau tahu bahawa Najib tidak akan menonjolnya 'dari belakang'. Najib tiada mempunyai sejarah sedemikian. Malah Bahagian Pekan yang dipimpin oleh Najib sendiri akan mencalunkan Pak Lah sebagai Presiden. Jadi mengapa Pak Lah harus menarik diri?


Jika Najib sendiri yang akan mencalunkan Pak Lah sebagai Presiden, setelah meneliti perwatakan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, saya tidak nampak mana-mana Ketua Bahagian yang berani melanggar arus. Mungkin ada satu dua suara yang kecewa dengan Pak Lah yang berani melanggar arus, tapi bilangan mereka ini amat kecil sekali. Setakat ini suara-suara sumbang itu hanya datang dari Cheras dan Titiwangsa. Mungkin juga dari Kampar, Perak. Di dalam barisan Majlis Tertinggi UMNO misalnya, mungkin hanya Dato Rahman Bakar dan Dato Dr. Latiff yang berani mencalunkan Najib sebagai Presiden. Yang lainnya saya tidak nampak. Malah Muhyiddin sendiri, saya percaya ,akan mencalunkan Pak Lah. Apa lagi dengan Ali Rustam atau Rais Yatim. Azabnya adalah terlalu berat untuk dipikul oleh mana-mana individu yang mencalunkan Najib. Kedua-dua 'carrot and stick' berada ditangan Presiden. Didalam penggunaan sistem ini, kadangkala 'stick' tidak perlu digunakan. Hanya dengan menarik balik 'carrot' sudah mencukupi dan ramai yang akan datang menyembah.



Yang menjadi tandatanya sekarang adalah: Apakah Najib mampu untuk mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden apabila berdepan dengan Zahid Hamidi, calun yang ditaja oleh Presiden parti. Jika dilihat dari segi sejarah, malah Ghaffar Baba pun dapat mengalahkan Musa Hitam walaupun umum mengetahui bahawa antara mereka adalah bagaikan langit dengan bumi.


Nampaknya Pak Lah tiada pilihan dan terpaksa menerajui negara ini untuk sekurang-kurangnya dua pilihanraya lagi untuk memberikan masa dan mempersiapkan Zahid Hamidi. Dalam masa tiga tahun lagi, saya percaya, KJ, yang bakal menduduki kerusi Ketua Pemuda, akan menduduki pula kerusi Naib Presiden dan dengan itu akan melayakkan dirinya dipilih sebagai Timbalan kepada Zahid Hamidi.


Saya percaya UMNO akan kembali kuat dibawah pimpinan Zahid dan KJ, lebih-lebih lagi jika Anwar Ibrahim di angkat sebagai Penasihat Umum!!!


Hidup UMNO!!!

Thursday, October 2, 2008

Pemilihan Presiden UMNO: Jangan lah Kita Menang Sorak Kampung Tergadai

Nampaknya Pak Lah sudah pun memilih running-mate nya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Pemilihan Zahid Hamidi sebagai Timbalan nya sudah pasti akan memperkuatkan strategi Pak Lah untuk terus berkuasa. Zahid Hamidi, meski pun baru dua hari menjadi Menteri Kabinet, malah tanpa menerajui mana-mana kementerian, adalah merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO yang sudah tentunya mempuyai penyokongnya yang tersendiri. Beliau juga datang dari Perak, iaitu salah sebuah negeri yang mempunyai perwakilan yang ramai di PWTC kelak. Dengan yang demikian, percaturan yang dibuat oleh Pak Lah ini adalah sememangnya bijak.

Meskipun kedua-dua mereka sebenarnya datang dari negeri-negeri yang kalah, namun perkara saperti itu tidak begitu penting didalam UMNO dan lazimnya orang-orang UMNO akan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka. Bagi orang-orang UMNO, yang pentingnya mereka mendapat 'habuan' mereka. Kedua-dua 'carrot and stick' berada ditangan Presiden dan dengan itu amatlah malang sekali jika ada mana-mana orang UMNO yang tidak menyokong Presiden mereka.

Barisan Naib-Naib Presiden dalam kem Pak Lah juga nampaknya menarik. Selain Perak, Johor juga mempunyai ramai perwakilan yang akan mengisi ruang di PWTC. Untuk tujuan itu, seorang calun Naib Presiden sudah tentunya datang dari Johor dan nampaknya tempat itu akan di isi oleh Khaled Nordin, seorang menteri muda yang sentiasa dilihat memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pak Lah. Bagi mengimbangi kekuatan Najib di Pahang, nampaknya Adnan Yaakob mungkin akan diketengahkan dan calun terakhir sudah pasti mereka-mereka yang datang dari negeri yang mempunyai banyak perwakilan juga saperti Annuar Musa dari Kelantan atau pun Muhammad Muhd Taib dari Selangor atau Mohamad Hassan dari Negeri Sembilan. Meski pun mereka-mereka ini juga datang dari negeri-negeri yang kalah dan negeri yang hampir kalah, semua itu tidak begitu penting bagi orang-orang UMNO. Yang penting nya adalah 'habuan' mereka.

Calun-calun dari Kem Najib nampaknya masih lagi berselindung. Mungkin mereka menunggu pengumuman resmi yang akan dibuat oleh Pak Lah yang dikatakan sebelum 9 Okt. Sebenarnya kem Najib perlu mengumumkan calun-calun mereka sebelum 9 Okt ini dan hendaknya jangan lah menunggu pengumuman resmi dari Pak Lah kerana Pak Lah tidak akan membuat sebarang pengumuman. Pak Lah nampaknya akan menyerahkan kepada bahagian-bahagian untuk membuat keputusan saperti yang disuarakan oleh Muhyiddin Yassin tempuhari. Dengan itu janganlah ada pihak yang menuduh Pak Lah yang bukan-bukan.

Jika dilihat kepada tradisi UMNO dan tindakan Allahyarham Tun Razak, nampaknya Najib akan berganding dengan Hishamudin. Hishamudin bukan saja sepupunya tetapi beliau juga datang dari Johor, sebuah negeri dimana UMNO masih diterima oleh rakyat, tidak saperti Penang, Perak, selangor atau pun Kelantan. Muhyiddin Yassin juga datang dari Johor tetapi lazimnya 'blood is ticker than water'. Calun-calun yang bakal mengisi jawatan Naib Presiden pun nampaknya masih samar-samar. Namun jika dilihat dari sudut 'playground' masing-masing, nampaknya calun-calun Naib Presiden adalah Ali Rustam dari Melaka, Tan Sri Isa Samad dan Shafie Afdal dari Sabah.

Nampaknya Muhyiddin Yassin tiada pilihan dan terpaksalah menebalkan muka untuk berganding dengan Tengku Razaleigh, itu pun jika TR sudi untuk menerima nya. Namun dalam keadaan politik semasa, nampaknya gandingan Muhyiddin Yassin dengan TR jika benar-benar terjadi, adalah merupakan suatu gadingan yang mantap. Sebaiknya Rafidah Aziz selaku Ketua Wanita dan Mukhriz, selaku bakal Ketua Pemuda, dipelawa bersama.

Pertandingan tiga penjuru yang ulung kali bakal berlaku didalam UMNO nampaknya amat menarik sekali. Jika kekuasaan UMNO hendak dipertahankan, orang-orang UMNO perlu lah berani untuk membuat perubahan dan menolak mereka-mereka yang mementingkan kuasa untuk tujuan peribadi dan anak menantu mereka, apa lagi jika mereka-mereka juga adalah merupakan pemimpin-pemimpin UMNO yang datang dari negeri-negeri yang kalah. Jangan lah nanti kita menjadi Pak Kadok, 'menang sorak kampung tergadai'.

Friday, September 26, 2008

Siapa Kata Pak Lah Tak Pandai

Siapa kata Pak Lah tak pandai? Keputusan yang dibuat sebulat suara oleh mesyuarat MKT UMNO pagi tadi benar-benar menguntungkan Pak Lah. Setakat semalam (sebelum mesyuarat), Pak Lah sememangnya tahu bahawa beliau tiada masaalah untuk melepasi kuota 30% yang diperlukan itu kerana sokongan padu yang diterimanya dari semua Pengerusi Perhubungan Negeri terutamanya Kedah, Selangor, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Namun apa yang dia tidak pasti adalah sama ada semua Ketua-Ketua Bahagian di negeri-negeri tersebut menyokong apa yang dicanangkan oleh Pengerusi mereka. Di Negeri Sembilan, misalnya, Ketua-Ketua Bahagian yang menyokong Pengerusi Perhubungan Negeri mereka mungkin tidak lebih dari 3 bahagian saja, manakala yang 5 lagi nampaknya mempunyai percaturan masing-masing.
Menyedari hakikat sedemikian, Pak Lah memerlukan masa yang cukup untuk menghitung satu persatu siapakah mereka-mereka yang mewakili G7 kelak agar perkiraan tepat berkaitan undi boleh dilakukan sekiranya Najib mencabar beliau.
Seandainya dalam masa seminggu budak-budak Pak Lah boleh meninjau 10 bahagian, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 20 minggu atau 5 bulan untuk meninjau kesemua 191 bahagian-bahagian UMNO. Dengan yang demikian, penangguhan Perhimpunan Agung UMNO dari bulan Disember ke bulan March 2009 amatlah tepat sekali.
Sebenarnya jika dilihat dari segi naluri Dato Seri Najib sendiri nampaknya beliau memang tidak mempunyai niat untuk mencabar jawatan nombor satu itu tetapi nampaknya penyokong-penyokong beliau sudah tidak tahan lagi dengan kedudukan bos mereka ditangga kedua itu kerana didalam soal-soal pemberian kontrak, mereka-mereka juga lazimnyya ditempatkan ditangga kedua!!! Dalam keadaan sedemikian, nampaknya Dato Seri Najib tiada mempunyai pilihan tetapi terpaksa merebut jawatan nombor satu itu jika beliau mahukan karier politiknya selamat.
Dengan perkembangan ini, lanskap politik UMNO dalam masa 5 bulan akan datang nampaknya akan menjadi lebih menarik. Mungkin ada beberapa ketua bahagian yang bakal mendapat berita baik dan beberapa lagi mendapat berita yang tidak baik.
Sama-sama lah kita saksikan.

Thursday, September 25, 2008

Kepimpinan Negara: MKT UMNO Buat Keputusan Dalam Masa Seminggu

Khabarnya Pelan Peralihan Kuasa akan menjadi topik utama dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO petang esok (26 Sept). Saya kira tidak ada apa apa yang mengejutkan akan berlaku melainkan pengumuman resmi yang akan dibuat oleh Dato Seri Najib bahawa beliau akan tetap mempertahankan kerusi Timbalan Presiden UMNO dan akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pak Lah bagi jawatan Presiden.
Mesyuarat petang esok adalah sebenarnya amat penting kerana pengumuman yang bakal dibuat oleh Najib itu akan sekali gus 'memerangkap' Najib yang selama ini dilihat sebagai berdolak dalik didalam isu peralihan kuasa itu dan mungkin telah membuatkan tidur Pak Lah tidak begitu khusyuk terutama sekali selepas mesyuarat MKT pada minggu lepas yang dikatakan 'panas'.
Maka dengan itu adalah tidak mengherankan mengapa banyak sekali aktiviti yang terpaksa dilakukan oleh Pak Lah dalam masa seminggu yang lepas. Dalam masa seminggu yang lepas Pak Lah telah dilihat berbuaka puasa di Ipoh, Melaka, Johor dan Kelantan. Disamping itu beliau sempat juga membuat beberapa perlantikan saperti melantik Penasihat NCER dan Pengerusi FELCRA dan mesyuarat MKT tergempar yang akan diadakan petang esok adalah untuk 'menutup mulut' mana-mana anggota MKT yang celupar yang mengatakan bahawa Pak Lah mungkin tidak akan dapat melepasi kuota 30% yang diperlukan oleh perlembagaan parti.
Yang nyatanya, semua Pengerusi Perhubungan Negeri yang kalah dalam pilihanraya yang lepas memberikan sokongan padu kepada Pak Lah saperti Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan. Negeri yang hampir kalah, saperti Negeri Sembilan pun memberikan sokongan kepada Pak Lah. Penasihat NCER yang baru dilantik sudah semestinya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pak Lah.
Dengan yang demikian, amat ternyata bahawa Pak Lah begitu selesa sekali dan mungkin tidak perlu hadir dimesyuarat petang esok.
Dalam UMNO ada orang kata kalau hendak selamat U Must Not Object!!!

Friday, September 19, 2008

The Race Relations Act: Making the Rakyat as a Scapegoat

In Malaysia, eversince its inception, everything said and done is being done along racial lines; be it in politics, economy, social or whatever sectors. Surprisingly, we can even see that on the golf course, at Starbucks, 'pasar malam', or every where. Even at hospital emergency rooms where lives are at stake, we can here the question: apa bangsa? Likewise, even those who call for the creation of Bangsa Malaysia make the call with a racial tone. They want the Bangsa Malaysia very badly but they do not agree to send their children to the national school or even the 'wawasan school'. Matters were even made worst after the last general election when the cake is becoming smaller for the ruling party. All these if being left unattended would surely lead to national disaster.

Perhaps, having all these in mind, the BN government would soon be introducing the Race Relations Act. Although the intention could be a noble one, it left me to wonder whether this kind of a law is really necessary or whether this kind of a law could really work given the many similar laws that are already being put into place and yet they have failed to have their supposedly deterence effect.

I for one could not imagine how the state could interfere in regulating my relations with other Malaysians: what I should say or what I shouldn't; or with whom I should not play golf; or whom shall I invite to my house. Or how could the state tell the Chinese to keep separate plates in their house for their Malay-Muslim friends. What about the place where they wash their plates? Must it be separate as well? The list is simply too long. I think this is crazy.

I belief that if one or two people throwing punches or even an abusive language with a racial tone at each other, it could never lead to a national disaster. Husband and wife would sometimes shout at each other as if they were heading for a divorce but yet the dust would settle before they go to bed.

What is worrying us is that if such an incident were to involve a person who holds a positon in an organized body or an association; be it a political party or an NGOs, the results could be different. Even then such an incident could go unnoticed or being localised if there is no one to blow the trumphet to tell the world at large. But this is an impossible thing to do as to the media circle, bad news are good news to them.

But what choice do we have if we were to make Malaysia a better place to stay. Freedom of speech as guaranteed under our Constitution must come with responsibility. Politicians and the like as well as the media must play a leading role in this. They must willingly exercise self-restraint. They must have the political will to do so. In this sense, perhaps, there is an urgent need to tighten the existing laws so as to disciplined the politicians and the media but certainly I don't think that the Race Relations Act could do any better. It's a mockery.

For the BN coalition, particularly during this difficult time, indeed, what they need most is to put their house in order first, before punishing the rakyat with new laws and regulations. The act of continuing to 'cari pasal' within the BN coalition must stop; lest they want to see the nation going into the drain. They should introduce a Code of Conduct for both their leaders and members.

The BN government must not loose its focus and make the rakyat as the scapegoat.

Wednesday, September 17, 2008

Anwar boleh menjadi PM!!!

Ramai juga yang percaya bila Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa mereka akan menubuhkan kerajaan pada 16 Sept termasuk lah isteri saya. Untuk tujuan itu kami telah membuat 'betting' sebanyak RM200 dan nampaknya pada tahun ini saya akan beraya dengan sepasang baju melayu baru!

Sebenarnya saya tidak begitu faham mengapa begitu ramai yang terpengaruh dengan keyakinan Dato Seri Anwar Ibrahim itu. Malah saya tidak begitu yakin bahawa kemenangan besar yang diperolehi oleh parti pembangkang dalam pilihanraya yang lepas adalah disebabkan dari faktor Anwar. Sekiranya faktor Anwar benar-benar begitu berpengaruh, saya percaya PKR sudah tentu beroleh kemenangan yang lebih besar dalam pilihanraya tahun 1999, iaitu sewaktu kemuncaknya gerakan reformasi di negara ini. Tetapi tidak, PKR hanya menang satu dua kerusi sahaja.

Pada firasat saya, kemenangan besar parti pembangkang dalam pilihanraya yang lepas bukanlah disebabkan rakyat sukakan parti pembangkang tetapi disebabkan rakyat tidak suka dengan kepimpinan UMNO/BN dan faktor utama yang membakar rasa kemarahan rakyat terhadap kepimpinan UMNO/BN itu adalah HINDRAF. Tuduhan liar yang dibuat oleh Hindraf terhadap UMNO telah membuka mata dan telinga rakyat bukan Melayu untuk menolak kepimpinan UMNO dan sekali gus kepimpinan Barisan Nasional. Bagi orang-orang Melayu pula, mereka juga merasa marah kepada kepimpinan UMNO, bukan kerana mereka menyokong Hindraf tetapi kerana mereka melihat seolah-olah kepimpinan UMNO telah gagal untuk menangkis atau menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Hindraf itu sehinggakan ia merebak keseluruh pelusok dunia dan ini lah sebenarnya yang berlaku semasa pilihanraya yang lepas: Rakyat bukan Melayu menolak UMNO/BN dan orang-orang Melayu juga menolak UMNO/BN dan bukan faktor Anwar.

Kalaulah benar Pakatan Rakyat mempunyai keupayaan yang cukup untuk memujuk 30 orang Ahli-Ahli Parlimen BN diseluruh Malaysia, saya percaya Kerajaan BN Negeri Sembilan telah lama dikuburkan oleh Anwar. Di Negeri Sembilan, Pakatan Rakyat hanya perlu memujuk 4 orang sahaja untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan. Namun ia ternyata Pakatan Rakyat tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian, meskipun Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan bukanlah orang asing bagi Anwar.

Malah saya sehingga kehari ini masih meragui akan keutuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah institusi politik apatah lagi untuk memerintah. Kehadiran DAP dan PAS didalam PR saya lihat bagaikan 'tiada beban batu digalas'. Meskipun didalam politik 'strange bed-fellows' adalah perkara biasa, namun dalam keadaan ini, saya tidak nampak bahawa DAP dan PAS boleh bersetuju memakai baju tidur yang mempunyai warnanya sama, apatah lagi dengan mimpi mereka. Kalaulah benar mereka boleh 'tidur' bersama, saya bersetuju dengan kata-kata Tok Guru Nik Aziz, mereka perlulah membubarkan parti mereka dan bernaung saja dibawah parti PKR. Sekiranya perkara ini dapat dilakukan oleh Anwar, mungkin hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan kesampaian.

Didalam politik kita tidak boleh menjadi terlalu 'idealistic'. We have to be a realist.

Tuesday, September 16, 2008

18 Sept: Pelan Peralihan Kuasa Untuk Muhyiddin

Beberapa laman blog melapurkan bahawa pelan peralihan kuasa akan menjadi topik utama di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 18 Sept ini. Topik ini yang sudah mula meninggalkan meja-meja di kedai kopi dan lobi-lobi hotel mewah menjadi hangat semula apabila di timbulkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lepas. Ada yang meramalkan akan kemungkinan MT UMNO akan membuat keputusan saperti yang disuarakan oleh Naib Presiden UMNO itu. Tambahan pula Dato' Seri Najib nampaknya telah mengubah sedikit pendiriannya yang kini seakan-akan bersetuju dengan saranan Muhyiddin itu.



Namun bersandarkan kepada keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh MT UMNO sebelum daripada ini, adalah lebih baik kita tidak menunggu keputusan mesyuarat itu kerana saya percaya kita semua sedia maklum akan apa yang bakal di putuskan.



The truth is: sekiranya saya menjadi Pak Lah, saya tidak mempunyai sebab untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa itu. Tarikh yang telah saya tetapkan itu amat sesuai dengan kepentingan politik saya. Ia bermakna Najib, seseorang yang saya lihat mempunyai kekuatan politik, sudah tentu tidak akan menentang saya didalam pemilihan bulan Disember nanti. Yang tinggal hanya Tengku Razaleigh dan saya penuh yakin bahawa Tengku Razaleigh tidak akan mendapat pencalunan apatah lagi merentasi kuota 30% yang diperlukan oleh Perlembagaan parti.

Yang sebenarnya saya pun tiada sebab untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib. Bukankah Najib yang memalukan saya di Johore dahulu? Bukahkah Dato Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johore, yang mula-mula mengeluarkan istilah 'peralihan kuasa' itu merupakan 'orang kuat' kepada Najib? Dari saya melepaskan jawatan PM itu kepada Najib, lebih baik saya menawarkan jawatan itu kepada Anwar, setidak-tidaknya Anwar sudah pasti akan menyediakan 'the first plane out' untuk saya sekeluarga kerana saya percaya Anwar masih ingat lagi akan jasa saya bahawa saya lah yang mengeluarkan beliau dari penjara Sg. Buloh dahulu. Malah menantu saya sendiri yang menghantarkan paspot beliau untuk membolehkan beliau segera mendapatkan rawatan diluar negara.

Kita mesti ingat, dalam politik 'there is no permanent friend and no permanent enemy'. Yang 'permanent' hanyalah 'interest' kita. Kalau prinsip lapuk ini pun kita tidak tahu, 'then we have no place in politics'.

Yang sebenarnya saya sememangnya tidak ada sebab langsung untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri. Bukahkah saya dipileh sebagai Presiden UMNO didalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2004? Bukankah saya juga menang di kerusi Kepala Batas? Bukan kah kerusi yang saya menang di Kepala Batas itu mempunyai jangka hayat selama 5 tahun? Jadi mengapa saya harus melepaskan jawatan saya?

Malah pada bulan Jun 2010 pun saya mungkin tidak akan melepaskan jawatan saya. Tak kan saya hendak duduk disebelah Tengku Razaleigh, Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad atau Rafidah Aziz di Parlimen?

Dengan yang demikian, mana mana pihak yang ingin melihat saya melepaskan jawatan itu, lebih baik lah cuba-cuba rapatkan diri dengan saya, kok-kok ada rezeki lebih, boleh juga saya hulurkan. Yang sedemikian lebih baik dari terus menyalak saya yang akhirnya akan menyusahkan diri tuan-tuan juga.

Dan pada 18 Sept ini saya akan tentukan Muhyiddin Yasin meletakkan jawatan kabinetnya.


This is politics young man!

Monday, September 15, 2008

Zaid's Resignation: Its an honor thing to do

Zaid Ibrahim has rightly tendered his resignation after having criticised the government's decision on the use of the ISA over RPK, Teresa Kok and a journalist from a chinese daily (albeit being released immediately after the arrest) last week. Unlike Muhyiddin who is the elected Vice-president of UMNO, the major ruling party, Zaid, as an appointee, is expected not to have his own principle or something that is contrary of his master. Indeed, there is another good reason why Zaid should have resigned. It was reported yesterday that Zaid was very frustrated over the issue of his nomination for the Kota Baru UMNO Division Chief post which he alleged were being sabotaged by certain quarters. If Zaid, being the de facto Minister of Law could do nothing to address the legal issues which affects the UMNO election system, one could not hope so much of him in trying to reform the country's legal or judicial system, of which he were supposed to undertake. Given such a situation, resignation is the most honorable thing to do and I hope it's not going to be a gimmick.

Saturday, September 13, 2008

I have just created my own blog so as to share my views on the development of Malaysian politics and ways on how to make Malaysia a better place to stay. Whatever I write here is solely my own thoughts although I may be associated with certain bodies or associations such as the Bar Council, the Ex-Service Association and others.

Much that I would respect others' opinion, I also expect others to respect mine.

Happy blogging.