Wednesday, October 8, 2008

Perjuangan UMNO: Orang Melayu Masih Ada Harapan

Pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden mungkin telah mengecewakan ramai orang terutama sekali mereka-mereka yang baru hendak merasa menjadi 'orang besar' yang diangkat oleh Pak Lah entah dari mana. Mungkin mereka agak marah kepada Pak Lah kerana mereka bersusah payah mempertahankan Pak Lak tetapi Pak Lah pula telah 'berpaling tadah'. Dalam bahasa Negeri Sembilan - tak pasal-pasal mereka terjerang!!!

Namun dalam politik UMNO kesedihan mereka ini mungkin untuk sehari dua sahaja. Esok lusa kita akan dengar mereka menjerit melolong memberikan sokongan padu kepada DS Najib dan memburuk-burukkan Pak Lah saperti yang diterima oleh TDM dulu. Kalau pintu DS Najib dikawal ketat oleh 'orang-orang lama', mereka akan menceroboh masuk melalui dapur untuk mencium tangan Rosmah. Kalau dah macam itu pun masih tidak menyakinkan DS Najib, mungkin KJ, menantu Pak Lah akan dikorbankan sebagai lambang untuk menyatakan taat setia kepada DS Najib. Dan lazimnya strategi sedemikian akan berjaya juga akhirnya.

Tapi saya berharap benar agar DS Najib tidak termakan dengan strategi-strategi lapuk saperti itu. Mereka-mereka yang saperti ini seharusnya dihapuskan dari UMNO. Mereka-mereka ini bukannya pejuang bangsa tetapi petualang negara. Orang-orang melayu masih memerlukan UMNO dan hanya UMNO yang boleh menjamin nasib masa depan orang-orang Melayu. Tanpa UMNO saya percaya sudah lama orang melayu 'tidur dihumpun pisang'. Tetapi mereka-mereka ini lah yang membawa orang melayu terus mundur kebelakang. Hanya dia seorang sahaja yang boleh kehadapan.

Saya berharap benar kepimpinan baru UMNO kelak dapat mengenalpasti mereka-mereka ini. Sekiranya tidak ada jalan lain untuk mengenepikan mereka ini dan sekiranya hanya melalui pilihanraya umum sahaja baru mereka boleh digugurkan, janganlah teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya umum itu. Bak kata pepatah melayu - sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Hidup UMNO!!!

4 comments:

TICO said...

Tuan

Saya namapak fahaman tuan macam Najib bermusuh dengan Abdullah.

Posting yang lepas tuan kata Abdullah melantik running matenya Zaid Hamidi.

Izin saya buat pembetulan. Abdullah dan Najib bukan berseteru. Mereka kawan baik. Saling memerlukan. Sekarang ini mereka berdua sahaja.

Zaid Hamidi menawarkan diri menjadi Timbalan dengan andaian bahawa Najib akan bertanding jaatan Presiden.

Zaid adalah orang kuat Najib.

Mungkin akan terjadi begini. Najib sudah semestinya bertanding jawatan Presiden. Jawatan ini akan ditentang oleh Tengku Razali. Muhyidin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan akan ditentang oleh Zaid. Begitu perkiraan saya.

Najib geng dengan Zaid. Tengku Razali geng dengan Muhyiddin

Abdullah sokong najib dari belakang. Mahathir sokong KU Li.

Itu lah kira congak saya.

Brahim Nyior said...

Salam, Col Roseli.

Petikan akhbar BH tentang ulasan Tun Dr M 9 Oktober 2008:
Keputusan Abdullah baik untuk Umno: Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac depan sebagai baik untuk parti.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, Abdullah perlu memberi ruang kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, untuk melaksanakan segala langkah perlu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya amat bergembira untuk Umno, bukan untuk diri saya tapi Umno, untuk perjuangan Umno supaya ia dapat membina kekuatan kembali.

"Namun, saya fikir adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatan sekarang daripada menunggu sehingga Mac depan kerana beliau akan menjadi sebagai penghalang kerana Najib tidak diberi kuasa penuh untuk memulihkan parti," katanya pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Rya bersama Persatuan Alumni Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, petang ini.

Ditanya keupayaan Najib menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Timbalan Perdana Menteri itu perlu melakukan perubahan dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau boleh memimpin, bukan sekadar menuruti.

Katanya, beliau tidak kagum dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu menuruti Perdana Menteri walaupun sesuatu keputusan itu tidak baik untuk parti.

"Namun tak ada siapa boleh cabar Najib. Itu pun dia (Najib) hanya menonjolkan diri sejak akhir-akhir ini," katanya.

Ditanya apakah beliau akan menyertai semula Umno, Dr Mahathir berkata beliau akan berbuat demikian jika bekas ahli lain yang mengikut beliau keluar parti diterima semula.

Menjawab soalan, Dr Mahathir berkata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah calon yang layak menjadi timbalan kepada Najib.

"Saya tidak fikir sangat fasal prestasi yang lain, mereka tidak ada sokongan akar umbi...," katanya sambil menambah penawaran diri ramai calon yang disifatkan sebagai badut untuk jawatan Timbalan Presiden Umno adalah strategi untuk mengurangkan undi kepada Muhyiddin.

Tun nampaknya yakin ada ranjau untuk Muhyidin. Apa komen?

Mohd Arshad Raji said...

Saudara Roseli,

Tahniah kerana berani menyuarakan pandangan serta pendapat saudara melalui blog.

Saya turut kecewa dengan UMNO sekarang kerana memperjuangkan bangsa melayu melalui UMNO tidak lagi menjadi keutamaan UMNO. Itu lah sebabnya saya berundur diri dari UMNO.

Untuk makluman saudara, saya juga saorang bekas tentera yang ingin terus berjasa untuk bangsa dan negara, dan setelah berada dalam UMNO seketika, saya hilang keyakinan saya, kerana matlamat mereka ialah untuk cepat kaya. Ini sudah tentu tidak sebati dengan diri pendirian saya.

Inilah juga sebabnya saya turut menjadi saorang blogger seperti saudara. Please view my blog at wwww.mindnoevil.blogspot.com

Selamat berjuang untuk bangsa dan negara.

Col Roseli said...

Sdra Tico,

Saya tidak mengatakan Najib bermusuh dengan Pak Lah tetapi sebaliknya Pak Lah mungkin berkecil hati dengan Najib kerana pelan peralihan kuasa yang disuarakan oleh UMNO Johor mungkin (rightly or wrongly) datangnya dari Najib kerana Ghani Othman adalah lebih rapat dengan Najib. Dengan itu Zahid Hamidi ditonjolkan selaku pencabar kepada Najib namun sambutan yang diterima nampaknya tidak begitu mengalakkan. Hanya Shahidan Kassim yang bersuara. Tanpa sambutan hangat ekoran dari pengumuman Zahid itu boleh dilihat sebagai tiada sokongan yang padu untuk Pak Lah mempertahankan jawatannya. The rest is history. Dan sekarang Zahid menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden sahaja kerana dia sedar dia tidak lagi mampu bertanding jawatan Timbalan Presiden bersaorangan tanpa Pak Lah. In politics, there is no permanent friend or permanent enemy. Only permanent interest.

Sdra Izzudin,

At this point of time memanglah hanya Muhyiddin Yassin nampaknya yang amat layak untuk menduduki kerusi nombor dua itu. Namun banyak faktor-faktor lain yang tidak menyebelahi beliau. Pertama, beliau lebih tua dari DS Najib dan dengan itu dari segi 'succession planning' adalah tidak begitu sesuai. Kedua, jika beliau menjadi Timbalan, ini boleh menyekat karier politik Hishamuddin Tun Hussein. Kedua-dua mereka dari Johor dan lazimnya orang-orang UMNO tidak akan mengangkat kedua-dua pemimpin utama mereka dari negeri yang sama. Ketiga, peranan Muhyiddin Yassin didalam episod pelan peralihan kuasa yang lepas mungkin tidak disenangi oleh DS Najib dan boleh 'membahayakan kesihatan'. Dalam usia Muhyiddin yang lebih tua, beliau mungkin boleh di lihat sebagai 'a man in a hurry'.

Dato Arshad,

Thanks for your good comments.

Although I am extremely dissapointed with UMNO right now, I still think UMNO is the best for the Malays and I hope that ONE DAY things will change where a new generation of Malay leaders will be born. More responsible and down to earth.

We have wasted our entire life running around in the Malaysian jungle and in the process, making them rich and powerful and I hate to think that all those our sacrifices have actually gone into the drain. But still we have to start somewhere.

To be sure, actually we do not have another choice. Pakatan Rakyat could not survive after DSAI. PAS could only spread its wing within the 'Unfederated Malay States' and they can never be a 'senior partner' in the Pakatan unlike UMNO in the BN.

And being a senior partner, it means a lot ...