Nampaknya malam ini ramai yang tak dapat melelapkan mata. Masing-masing menunggukan hari esok mengharapkan Pak Lah akan mengumumkan 'persaraan awal'nya.
Namun saya percaya bahawa Pak Lah tidak akan membuat sebarang pengumuman. Realitinya, Pak Lah tiada sebab untuk membuat sebarang pengumuman kerana Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan agar pelan peralihan kuasa ditentukan oleh bahagian-bahagian yang akan mula bermesyuarat pada 9 Okt ini. Jadi mengapa masing-masing yang mahukan pelan peralihan kuasa ditentukan oleh bahagian-bahagian, kemudian mahukan Pak Lah membuat pengumuman pula? Ini suatu perkara yang tidak masuk akal.
Yang jelasnya, Pak Lah tidak perlu untuk menarik diri kerana beliau tahu bahawa Najib tidak akan menonjolnya 'dari belakang'. Najib tiada mempunyai sejarah sedemikian. Malah Bahagian Pekan yang dipimpin oleh Najib sendiri akan mencalunkan Pak Lah sebagai Presiden. Jadi mengapa Pak Lah harus menarik diri?
Jika Najib sendiri yang akan mencalunkan Pak Lah sebagai Presiden, setelah meneliti perwatakan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, saya tidak nampak mana-mana Ketua Bahagian yang berani melanggar arus. Mungkin ada satu dua suara yang kecewa dengan Pak Lah yang berani melanggar arus, tapi bilangan mereka ini amat kecil sekali. Setakat ini suara-suara sumbang itu hanya datang dari Cheras dan Titiwangsa. Mungkin juga dari Kampar, Perak. Di dalam barisan Majlis Tertinggi UMNO misalnya, mungkin hanya Dato Rahman Bakar dan Dato Dr. Latiff yang berani mencalunkan Najib sebagai Presiden. Yang lainnya saya tidak nampak. Malah Muhyiddin sendiri, saya percaya ,akan mencalunkan Pak Lah. Apa lagi dengan Ali Rustam atau Rais Yatim. Azabnya adalah terlalu berat untuk dipikul oleh mana-mana individu yang mencalunkan Najib. Kedua-dua 'carrot and stick' berada ditangan Presiden. Didalam penggunaan sistem ini, kadangkala 'stick' tidak perlu digunakan. Hanya dengan menarik balik 'carrot' sudah mencukupi dan ramai yang akan datang menyembah.
Yang menjadi tandatanya sekarang adalah: Apakah Najib mampu untuk mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden apabila berdepan dengan Zahid Hamidi, calun yang ditaja oleh Presiden parti. Jika dilihat dari segi sejarah, malah Ghaffar Baba pun dapat mengalahkan Musa Hitam walaupun umum mengetahui bahawa antara mereka adalah bagaikan langit dengan bumi.
Nampaknya Pak Lah tiada pilihan dan terpaksa menerajui negara ini untuk sekurang-kurangnya dua pilihanraya lagi untuk memberikan masa dan mempersiapkan Zahid Hamidi. Dalam masa tiga tahun lagi, saya percaya, KJ, yang bakal menduduki kerusi Ketua Pemuda, akan menduduki pula kerusi Naib Presiden dan dengan itu akan melayakkan dirinya dipilih sebagai Timbalan kepada Zahid Hamidi.
Saya percaya UMNO akan kembali kuat dibawah pimpinan Zahid dan KJ, lebih-lebih lagi jika Anwar Ibrahim di angkat sebagai Penasihat Umum!!!
Hidup UMNO!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tulisan tuan dalam The Scribe mengundang saya datang ke sini. Selamat berkenalan. Kalau saya baca blok tuan ini lebih awal tentu seronok kita andai mengandai. Saya mempunyai pandangan berbeza dari tuan.
Nampaknya tuan salah. Pak Lah sudah umum tidak bertanding.
Saya rasa pelik juga tentang analisis tuan mengenai pemilihan UMNO kali ini. Seolah-olah kekalahan ramai calon UMNO dalam PR 12 tidak mempengaruhi pertimbangan tuan tentang kepimpinan UMNO.
Selain itu, kenyataan Muhyiddin mengenai Abdullah pun tuan tidak begitu ambil berat. Minta maaf, ini bukan provokasi. Ini adalah pertanyaan ikhlas dari saya.
Bagi saya, apabila Muhyiddin menjemput Mahathir masuk semula adalah merupakan satu tamparan kepada Abdullah. Kemudaian Tengku Razali juga dikaitkan dengan Mahathir. Saya nampak ini sudah jadi satu cabaran yang besar kepada Abdulah. Orang-orang yang saya sebut ini bukan kecik anak . Ramai jugak pengikut mereka.
Rafidah pula tentu ada pergeseran peribadi dengan Abdullah. Ketua Pergerakan Wanita yang menang dan tidak dilantik menjadi menteri. Tidak mungkin Rafidah akan menyokong Adullah. Ini juga bukan kecik mak punya orang.
Bagaimana pula dengan UMNO Johor. UMNO Johor sekarang merasakan bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO. Semua calon UMNO di Johor menang. Mungkin dengan kemenangan ini menjadikan pemimpin UMNO Johor angkuh dan akan memilih seorang daripada mereka untuk memimpin UMNO. Kemungkinan ini ada.
Ramai pemimpin bahagian yang muda-muda nampaknya awal-awallagi mengkritik Abdulah. Mukhriz terang-terang menentang. Nur Jazlan terang-terang memperlekeh pemimpin-pemimpin lama UMNO ( dia kata pemimpin lama UMNO ni ibarat rusa tekejut keretapi.. tak tau nak buat apa.. agaknya begitulah katanya.. saya tak faham sangat bahasa Inggeris dia)
Mohamad Rahmat bekas setiausaha Agung UMNO menyokong anaknya. Mohamad Rahmat kata tindakan anaknya menawarkan diri untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden adalah satu tindakan yang berani. Bukankah sokongan=sokongan seperti ini sedikit banyak mempengaruhi perwakilan dari Johor.
Bagaimana pula dengan perwakilan dari Terengganu. Idris jusuh memang jadi pengerusi badan perhubungan UMNO Terengganu. Ramai juga pengikutnya di Terenganu. Tetapi, Menteri Besar Terengganu sekarang ini pun tak " cium mulut" sangat denga Abdullah. Dan Menteri Besar Terengganu ini pun ada aramai juga pengikutnya. Salah satunya adalah sahabat saya Datuk Rahman Bakar yang tuan sebutkan itu.
UMNO Perlis ada Azmi Khalid dan Radzi. Kedua-dua ini pun saya rasa tolak Abdullah. Di Perlis tinggallah Shaidan Kassim terkonteng-konteng.
UMNO tanah tumpah Abdullah lagi dahsyat. Ketua Bahagian Bukit Bendera pun ramai sahabat yang masih setia. Masa buat persidangan akhbar dulu semua ketua Bahagian hadir beri sokongan. Sama ada sekarang ini masih menyokong atau tidak tak tahu lah saya.
UMNO dari Sabah tidak rapat dengan Abdullah. Banyak urusan UMNO di Sabah dibuat melalui Najib. Oleh itu saya rasa tiada ikatan kasih sayang antara UMNO Sabah dengan Abdullah.
UMNO mana lagi? UMNO Perak tuan dah sebut. UMNO Kelantan? Hah Zaid Ibrahim dah tunggu situ. Zaid tak akan masuk Pakatan. KU Li ada adi Gua Musang. Dua orang ini pun dah cukup menggerunkan bagi Abdullah. Tinggalah MUstafa Mohamad di Jeli, Mustaffa orang evergreen. Siapa jadi pemimpin pun dia servive.
Dalam mesyuarat Mt ramai yang beridam diri.
Diam bukan kerana bersetuju. Tapi diam menunggu hari. Ramai yang ambil iktibar dari peristiwa lepas. Bising-bising tentu kena cantas. Lebih baik berdiam dan tunjukkan kuasa semasa perhimpunan.
Saya rasa (bukan saya fikir) Abdullah tidak tertahan tekanan sama ada dari dalam parti atau dari luar. Memang tepatlah keputusan Abdullah berundur.
Andaian saya Abdullah tidak akan bertanding nampaknya sehinnga kini tepat.
CERITA LAIN
Saja tanya , tuan main golf kat mana. Saya pun minat jugak main. Main tepi tepi padang saja.
Sdr Tico,
Thanks for your comments. Amat menarik sekali.
Sebenarnya, analisis yang saya buat adalah untuk mengecek (to check)langkah-langkah yang mungkin yang akan diambil oleh pemain-pemain tersebut dan menggambarkan apakah akibatnya jika langkah-langkah itu dibuat oleh mereka juga dengan harapan agar mereka tidak mengikuti langkah-langkah itu kerana mereka sudah tahu akan akibatnya.
It's a reverse psychology style and I want me to be wrong.
Rgds.
Main golf memusing-musing juga. Kadang-kadang sampai gak kat Black Forest dan Pulau Bintan.
Post a Comment