Wednesday, October 22, 2008

Mukhriz Tidak Relevan Selepas Zaman Pak Lah

Dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Mukhriz nampaknya telah jauh meninggalkan Khairy. Keadaan saperti ini sudah tetunya tidak akan berlaku sekiranya Pak Lah tidak mengumumkan pengundurannya.

Ini lah budaya sebenar didalam UMNO. Budaya haprak yang telah diwarisi sekian lama. Apabila seseorang itu mempunyai jawatan dan kedudukan, semua datang mencium tangan. Tapi bila jawatan dan kedudukan itu hilang, usahkan mencium tangan, bersalam pun mereka tidak mahu. Kalau lalu pun mereka buat-buat tak perasan. Hendak bergambar jauh sekali. Takut gambar mereka disiarkan dan jika itu berlaku saham mereka akan jatuh merudum. Keadaan ini terjadi kepada Tun Dr. Mahathir dan kini giliran Khairy pula.

Malah rakan karib dan running-mate Khairy pun nampaknya bermain kayu tiga. Kalau Khairy baru mendapat 37 pencalunan, bagaimana Reezal Merican Naina Merican boleh mendapat 52 pencalunan? Jelas ada yang tidak kena. Ini termasuklah apa yang sedang berlaku di Negeri Sembilan apabila Khairy digagalkan.

Kepopularitian Mukhriz sememangnya sudah dijangka ramai. Mukhriz lah yang mula-mula membuka mulut meminta Pak Lah melepaskan jawatan PM apabila BN kalah teruk semasa pilihanraya yang lepas. Tindakan berani Mukhriz itu sememangnya dikagumi oleh anak-anak muda yang inginkan perubahan terutama sekali mereka-mereka yang tidak mengundi UMNO semasa pilihanraya yang lepas.

Tetapi apakah Mukhriz masih relevan sesudah senario politik UMNO berubah? Apakah Mukhriz berani menegur kepimpinan UMNO dibawah DS Najib? Sekarang ini begitu banyak isu-isu sensitif yang dikaitkan dengan DS Najib saperti isu pembelian Eurocopter, isu Altantuya, dan lain-lain lagi. Mengapa suara Mukhriz tidak kedengaran? Apakah Mukhriz bersetuju atau tidak bersetuju dengan tuduhan yang dilemparkan kepada DS Najib itu? Jika beliau bersetuju, mengapa mendiamkan diri? Beliau harus membuktikan keberaniannya dengan membuat satu pendirian atau mengambil sesuatu tindakan agar segala kemungkaran yang berlaku itu akan dapat diperbetulkan atau diubah. Jika beliau tidak bersetuju, mengapa pula beliau harus mendiamkan diri dan membiarkan DS Najib membela diri bersendirian. Apakah Mukhriz boleh membawa perubahan dengan sikap berkecuali?

Apabila Tan Lian Hoe mempersendakan asal usul orang Melayu, dimana Mukhriz? Apakah Mukhriz juga bersetuju bahawa asal usul orang Melayu datangnya dari India? Apabila bekas Ketua Pemuda MCA menyarankan agar jawatan Timbalan Presiden Kedua bagi Barisan Nasional diujudkan untuk MCA, mengapa Mukhriz tidak bersuara? Apakah Muhriz juga bersetuju dengan saranan itu?

Atau apakah agaknnya Mukhriz sedang sibuk mengira undi?

Atau apakah Mukhriz tidak lagi relevan selepas ketiadaan Pak Lah? Pemuda UMNO harus menghalusi persoalan sebegini agar mereka tidak terbawa-bawa dengan keberanian Mukhriz dizaman Pak Lah.

Yang jelasnya, lanskap politik UMNO kini sudah berubah dan jika tidak ada aral melintang, DS Najib akan mengambilalih kepimpinan UMNO pada bulan Mac tahun hadapan. Untuk menentukan keberkesannya, Pemuda UMNO harus lah kembali kepada peranan asal mereka sebagai Kumpulan Pendesak yang berani memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu keseluruhannya. Dengan itu Pemuda UMNO harus meniliti semula siapakah diantara Mukhriz dan Khairy yang agaknya berani bersuara dibawah kepimpinan DS Najib.

Atau dengan lebih tepat lagi, siapakah diantara mereka yang lebih berilmu dan berani pula memainkan peranan sebagai 'budak jahat' didalam UMNO.

Sama-samalah kita renungkan dan buat pilihan yang tepat.

3 comments:

budakkota said...

Janganlah "sebelum duduk sudah berlunjur"..Mukhriz dah membuktikan keberanian bersuara semasa semua yang lain mempertahankan , dan akhirnya bila mana benar PM meletakkan jawatan semua pula merasakan bakal PM memang seharusnya berada di tempatnya. Are all of them leaders or followers? Sang Juara tidak muncul tiba2, dan ternyata setidaknya "budak jahat" yang colonel maksudkan telah bersuara sebagai pendesak awal dalam soal perletakkan jawatan pemimpin yang seharusnya bertanggungjawab atas kekalahan parti yang di pimpinnya. Sebetulnya, ramai anak2 muda yang menjadi pengundi bukannya tidak menyokong BN, tapi jelek dengan kelibat anak muda yang di panggil "KJ"..
So, kita boleh menyuarakan pendapat dan pandangan bagi membolehkan orang berfikir, tapi adakalanya alternative yang kita berikan sebenarnya kita juga tahu sekadar alternative sahaja, kita sendiri sebenarnya tahu yang kita sendiri suarakan itu bukan yang terbaik di antara pilihan yand ada.
kepada ahli ahli Pemuda, saya rasakan biarlah "KJ" berakit2 dahulu...kerana dalam usia sebegitu muda di tanahair sendiri, banyak budaya, pengorbanan dan resam kita sendiri tidak beliau ketahui.

budakkota said...

Kata orang dulu dulu belum duduk sudah berlunjur..iaitu perbuatan yang menyalahi tertib dan tidak sempurna akhirnya, Jadi, masakan Mukhriz harus menjadi jagoan dengan melakukan apa yang kolonel maksudkan iaitu menjadi sang juara dalam soal2 yang baru baru ini di bangkitkan oleh pihak pihak yang mempersoalkan kewibawaan pemimpin UMNO dan soal soal kebangsaan. Tidak perlu melakukan sesuatu hanya sekadar bercakap, tidak juga perlu menghunus keris ,tetapi bercakapah apabila mengetahui yang tindak ikut dan kesannya membawa pada perubahan yang lebih positif seperti apabila beliau meminta PM bertanggungjawab atas kemenangan tipis BN 2008 jika dibandingkan kemenangan BN 2004. Pada ketika sebahagian besar kepimpinan UMNO tidak bersetuju dengan apa yang beliau perkatakan.
Beliau tidak mencari publisiti tetapi mengasaskan peralihan kuasa kepada sesuatu yang kita harapkan lebih baik dari yang lepas.
Relevan? Yes, kerana kita perlukan pemimpin bukan pengikut yang sentiasa taat kerana "kesenian" politik UMNO mengajar demikian dalam meniti anak tangga kejayaan.
Hilangnya keyakinan ramai pengundi kerana "KJ" dan bercelarunya keadaan kekuatan UMNO kerana "KJ". Kita boleh jatuh dan bangun semula, tetapi janganlah jatuh di tempat yang sama. Sekali jalan kena, kedua kalinya jalan tahu.
Please for the good of the nation, biarlah "KJ" sekadar menjadi MP Rembau untuk penggal ini. Khuatir saya kalau dia menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau menjadi ketua kepada ketua ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja bukannya ketua kepada semua ahli pemuda UMNO khususnya dan Pemuda Malaysia amnya...wallahuallam

azlishukri said...

kita harus melihat pemilihan ketua pemuda UMNO beyond - yakni siapakah yang mampu menarik kembali minat orang muda kepada UMNO, KJ boleh ke?