Thursday, April 5, 2012

PRU 13: Apakah Najib dan Muhyiddin Mempunyai Mimpi Berlainan?

PRU 13 sudah makin hampir. Kegelisahan di wajah DS Najib amat terserlah sekali. Najib juga nampaknya bersendirian ke hulu ke hilir. Kalau UMNO/BN menang PRU 13 nanti, kredit harus diberikan kepada DS Najib seorang dan bukan kepada UMNO/BN atau mana-mana Pak Menteri yang lain. Kredit juga mesti diberikan kepada ayahanda DS Najib kerana nama itu masih mempunyai tempat didalam hati rakyat Malaysia.

PRU kali ini sememangnya penting buat Najib kerana belum pernah terjadi didalam sejarah negara yang parti pemerintah UMNO/BN di kalahkan. Namun kemenangan tipis seperti yang berlaku pada tahun 2008 tidak juga akan menjamin kedudukan Najib sebagai PM. Dengan itu Najib amat memerlukan majoriti 2/3. Sekiranya tidak, Najib mungkin akan menerima nasib yang sama seperti yang telah menimpa Pak Lah.

Yang pastinya sudah tentu ada puak-puak di dalam UMNO yang akan menolak Najib sepertimana mereka menolak Pak Lah dahulu. Dan mungkin itu adalah merupakan peluang terakhir untuk membolehkan TS Muhyidin menduduki kerusi PM.

Dalam ertikata lain, kemenangan UMNO/BN dengan majoriti melebihi 2/3 sudah pasti akan menguntungkan Najib tetapi mungkin tidak bagi Muhyidin.         

No comments: