Semalam Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Veteran 2011 di Parlimen. Setelah meneliti rang undang-undang tersebut yang mengandungi 24 seksyen didalam lima bahagian, saya tertanya-tanya apakah motif dan objektif yang ingin dicapai oleh Akta tersebut kerana yang jelasnya Akta tersebut tidak mempunyai 'preamble' seperti yang lazimnya terdapat dimana-mana akta lain. Kalau lah hanya untuk mendapatkan dana dari pihak Kerajaan maka diperlukan akta, saya kira ini adalah suatu perkara yang 'kelakar' kerana dana Kerajaan bukan sahaja dipinta oleh persatuan-persatuan bekas tentera tetapi juga oleh persatuan-persatuan kebajikan yang lain seperti persatuan penjaja, persatuan pemandu teksi, persatuan ibu tunggal dan berbagai lagi persatuan yang lain. Apakah ini bermakna Kerajaan akan menubuhkan Majlis Ibu Tunggal Kebangsaan pula selepas ini?
Dengan itu persoalan timbul, mengapa perlunya akta tersebut diujudkan. Mengapakah anggota-angota tentera yang semasa berkhidmat dikawal dibawah akta dan selepas bersara pun masih dikawal dibawah akta? Mengapa pesara-pesara Kerajaan yang lain seperti pesara polis atau pesara pegawai-pegawai Kerajaan yang lain tidak diletakkan dibawah akta?
Persoalan juga timbul, apakah akan terjadi kepada bekas-bekas anggota tentera yang enggan untuk mendaftarkan diri dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM? Apakah mereka tidak layak untuk mendapatkan sebarang bantuan dari pihak Kerajaan? Apakah pihak Kerajaan telah lupa akan makna dan takrif "deferred salary" yang diberikan oleh pihak Kerajaan semasa mereka-mereka berkhidmat dahulu?
Yang jelasnya, apakah akta tersebut, terutamanya Seksyen 17, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang memberikan hak kebebasan untuk berpersatuan seperti yang digariskan dibawah Artikel 10?
Dengan yang demikian adalah lebih baik jika pihak kerajaan mengadakan sessi penerangan kepada gulungan sasar terlebih dahulu sebelum rang undang-undang tersebut dibahas dan diluluskan di Parlimen. Perbuatan untuk menyorok-yorokkan rang undang-undang tersebut dari pengetahuan gulungan sasar dan tiba-tiba diusulkan di Parlimen, boleh disalahertikan terutamanya tentang motif akta tersebut.
Apa lagi jika ianya bermotifkan politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
True....Akta Veteran adalah rang undang-undang untuk memperhambakan kesemua bekas tentera untuk tunduk kepada kehendak parti politik dimana ianya bukan sahaja bertentangan dengan Akta ATM 1972 tetapi juga penderhakaan kepada Raja , Bangsa dan Negara. Mengapa saya kata begitu... Akta yang paling tertinggi bagi seorang tentera maupun bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatannya adalah Akta ATM 1972. Maka, tiada keperluan untuk penubuhan sesuatu majlis veteran untuk memantau hal ehwal veteran kerana Majlis ATM itu sahaja sudah memadai dan telah sedia ada pun Jabatan Hal Ehwal Bekas Tentera. Apa yang berkeperluan sekarang adalah untuk memantapkan tatacara sistem pentadbiran dan penyampaian secara efektif Jabatan ini yang dikendalikan oleh "Kuda Trojan" Parti Politik. Cuba renungkan!!!
Cuba renungkan dan memahami apa yang disebut didalam Akta ATM 1972 - Bahagian VIII 188. Ini menunjukkan bahawa setiap bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatan adalah MASIH dibawah penjagaan Majlis ATM kerana kesemua kita adalah dianggap sebagai "ANGKATAN SIMPANAN TETAP" selepasnya. Ianya juga bermakna bahawa kita patuh hanya kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung melalui Majlis ATM SAHAJA dan BUKAN dikawal selia oleh mana-mana parti politik maupun yang memerintah atau pun yang menjadi pembangkang atau dengan ertikata lain "SENTIASA BERKECUALI"
Pertubuhan PBTM melalui ROS adalah hak kita sebagai rakyat seperti termaktub didalam perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan dan ianya sudah memadai untuk perwakilan kesemua bekas tentera serta menjadi entiti perantaraan diantara pemerintahan awam dan anggota-anggota bekas-bekas tentera. Oleh itu mengapa kita keperluan satu lagi rang undang-undang Veteran untuk menubuhkan Majlis Veteran ATM pula apabila kita sudah ada Majlis ATM serta Jabatan Veteran untuk kawal selia kebajikan kerabat-kerabat veteran-veteran sekalian? Kita semua harus memahami bahawa Menteri ada kuasa untuk MEMBATALKAN mana-mana penyatuan bekas-bekas tentera yang tak sehaluan dengan kehendaknya bila-bila masa. Siapkah Menteri ini? Adakah ianya BERJIWA KETENTERAAN yang dilantik oleh Majlis ATM dari kalangan Jeneral-Jeneral kita yang berwibawa didalam semua aspek keperluan ketenteraan yang akan menjaminkan Keselamatan & Keamanan Raja, Bangsa & Negara atau seseorang perwakilan anggota awam dari parti politik yang memerintah yang tidak tahu menahu apajuapun perihal ketenteraan?
Post a Comment