Monday, April 9, 2012

Apakah Mohamad Hassan akan disingkir?

Menjelang PRU 13, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan nampaknya bagaikan 'cacing kepanasan'. Beliau bukan saja di hambat dari luar oleh pembangkang tetapi lebih hebat lagi, beliau juga dihambat dari dalam oleh orang-orang UMNO sendiri. Rata-rata Bahagian UMNO diseluruh Negeri Sembilan tidak menyokong beliau dan berpecah belah akibat dari pemilihan jawatan UMNO yang lepas. Selain dari itu, Mohamad Hassan juga telah ditolak oleh Perhimpunan Agung UMNO yang lepas dan menurut Shahril Samad, Mohamad Hassan (bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang dan Johor yang turut tewas didalam pemilihan tersebut) seharusnya tidak diketengahkan lagi.

Desas desus ada yang mengatakan bahawa Isa Samad akan kembali sebagai MB, dan ada juga yang menyebut nama Hassan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah) dan Dr. Awal (ADUN Kota) kerana ketiga-tiga nama tersebut telah dikatakan begitu rapat dengan pucuk pimpinan UMNO terutamanya DS Najib. Dan umum mengetahui bahawa Mohamad Hassan bukanlah merupakan orang Najib dan jauh sekali merupakan orang Muhyiddin kerana Mohamad Hassan lah orangnya yang menyuruh Muhyiddin berhenti tatkala Muhyiddin mendesak perletakan jawatan Pak Lah dahulu.

Namun demikian, ketangkasan Mohamad Hassan didalam politik sebenarnya tidak boleh di pandang rendah dan mengikut wawancara beliau beberapa hari yang lalu didalam Utusan, beliau begitu yakin bahawa beliau, tidak boleh tidak, akan dilantik semula untuk menerajui Negeri Sembilan kerana menurut beliau DUN Rantau hanya mencalonkan beliau seorang saja sebagai Wakil Rakyat.

Sebenarnya keyakinan Mohamad itu sememangnya mempunyai asas. Sungguh pun beliau dikatakan bukan merupakan orang Najib, namun yang nyatanya, Mohamad amat rapat dan amat mengagumi DS Rosmah. Keadaan itu amat jelas dipamirkan di minggu yang lepas dimana gambar-gambar Rosmah telah menyelubungi seluruh bandar Seremban berikutan dengan kehadiran Rosmah di Negeri Sembilan kerana menjayakan program Pandu Puteri.

Dalam keadaan sedemikian, harapan Isa Samad, jika ada sekali pun, untuk kembali menerajui Negeri Sembilan adalah amat tipis sekali. Begitu juga dengan harapan dan impian Hassan Malek mahu pun Dr. Awal.

Pengajaran Politik: Di masa akan datang, jika ada mana-mana puak yang ingin menyingkirkan Mohamad, selain dari mengawasi 'pintu hadapan' rumah Najib, mereka juga perlu lah mengawasi 'pintu dapur' rumah Najib.  



No comments: