Menjelang PRU 13, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan nampaknya bagaikan 'cacing kepanasan'. Beliau bukan saja di hambat dari luar oleh pembangkang tetapi lebih hebat lagi, beliau juga dihambat dari dalam oleh orang-orang UMNO sendiri. Rata-rata Bahagian UMNO diseluruh Negeri Sembilan tidak menyokong beliau dan berpecah belah akibat dari pemilihan jawatan UMNO yang lepas. Selain dari itu, Mohamad Hassan juga telah ditolak oleh Perhimpunan Agung UMNO yang lepas dan menurut Shahril Samad, Mohamad Hassan (bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang dan Johor yang turut tewas didalam pemilihan tersebut) seharusnya tidak diketengahkan lagi.
Desas desus ada yang mengatakan bahawa Isa Samad akan kembali sebagai MB, dan ada juga yang menyebut nama Hassan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah) dan Dr. Awal (ADUN Kota) kerana ketiga-tiga nama tersebut telah dikatakan begitu rapat dengan pucuk pimpinan UMNO terutamanya DS Najib. Dan umum mengetahui bahawa Mohamad Hassan bukanlah merupakan orang Najib dan jauh sekali merupakan orang Muhyiddin kerana Mohamad Hassan lah orangnya yang menyuruh Muhyiddin berhenti tatkala Muhyiddin mendesak perletakan jawatan Pak Lah dahulu.
Namun demikian, ketangkasan Mohamad Hassan didalam politik sebenarnya tidak boleh di pandang rendah dan mengikut wawancara beliau beberapa hari yang lalu didalam Utusan, beliau begitu yakin bahawa beliau, tidak boleh tidak, akan dilantik semula untuk menerajui Negeri Sembilan kerana menurut beliau DUN Rantau hanya mencalonkan beliau seorang saja sebagai Wakil Rakyat.
Sebenarnya keyakinan Mohamad itu sememangnya mempunyai asas. Sungguh pun beliau dikatakan bukan merupakan orang Najib, namun yang nyatanya, Mohamad amat rapat dan amat mengagumi DS Rosmah. Keadaan itu amat jelas dipamirkan di minggu yang lepas dimana gambar-gambar Rosmah telah menyelubungi seluruh bandar Seremban berikutan dengan kehadiran Rosmah di Negeri Sembilan kerana menjayakan program Pandu Puteri.
Dalam keadaan sedemikian, harapan Isa Samad, jika ada sekali pun, untuk kembali menerajui Negeri Sembilan adalah amat tipis sekali. Begitu juga dengan harapan dan impian Hassan Malek mahu pun Dr. Awal.
Pengajaran Politik: Di masa akan datang, jika ada mana-mana puak yang ingin menyingkirkan Mohamad, selain dari mengawasi 'pintu hadapan' rumah Najib, mereka juga perlu lah mengawasi 'pintu dapur' rumah Najib.
Monday, April 9, 2012
Thursday, April 5, 2012
PRU 13: Apakah Najib dan Muhyiddin Mempunyai Mimpi Berlainan?
PRU 13 sudah makin hampir. Kegelisahan di wajah DS Najib amat terserlah sekali. Najib juga nampaknya bersendirian ke hulu ke hilir. Kalau UMNO/BN menang PRU 13 nanti, kredit harus diberikan kepada DS Najib seorang dan bukan kepada UMNO/BN atau mana-mana Pak Menteri yang lain. Kredit juga mesti diberikan kepada ayahanda DS Najib kerana nama itu masih mempunyai tempat didalam hati rakyat Malaysia.
PRU kali ini sememangnya penting buat Najib kerana belum pernah terjadi didalam sejarah negara yang parti pemerintah UMNO/BN di kalahkan. Namun kemenangan tipis seperti yang berlaku pada tahun 2008 tidak juga akan menjamin kedudukan Najib sebagai PM. Dengan itu Najib amat memerlukan majoriti 2/3. Sekiranya tidak, Najib mungkin akan menerima nasib yang sama seperti yang telah menimpa Pak Lah.
Yang pastinya sudah tentu ada puak-puak di dalam UMNO yang akan menolak Najib sepertimana mereka menolak Pak Lah dahulu. Dan mungkin itu adalah merupakan peluang terakhir untuk membolehkan TS Muhyidin menduduki kerusi PM.
Dalam ertikata lain, kemenangan UMNO/BN dengan majoriti melebihi 2/3 sudah pasti akan menguntungkan Najib tetapi mungkin tidak bagi Muhyidin.

Subscribe to:
Posts (Atom)