tag:blogger.com,1999:blog-67917113824973155172024-02-08T02:41:01.044-08:00Askar MelayuBerpijak Di Bumi NyataCol Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.comBlogger41125tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-13688980383400031112012-04-09T00:59:00.000-07:002012-04-09T06:29:54.735-07:00Apakah Mohamad Hassan akan disingkir?Menjelang PRU 13, Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan nampaknya bagaikan 'cacing kepanasan'. Beliau bukan saja di hambat dari luar oleh pembangkang tetapi lebih hebat lagi, beliau juga dihambat dari dalam oleh orang-orang UMNO sendiri. Rata-rata Bahagian UMNO diseluruh Negeri Sembilan tidak menyokong beliau dan berpecah belah akibat dari pemilihan jawatan UMNO yang lepas. Selain dari itu, Mohamad Hassan juga telah ditolak oleh Perhimpunan Agung UMNO yang lepas dan menurut Shahril Samad, Mohamad Hassan (bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang dan Johor yang turut tewas didalam pemilihan tersebut) seharusnya tidak diketengahkan lagi.

Desas desus ada yang mengatakan bahawa Isa Samad akan kembali sebagai MB, dan ada juga yang menyebut nama Hassan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah) dan Dr. Awal (ADUN Kota) kerana ketiga-tiga nama tersebut telah dikatakan begitu rapat dengan pucuk pimpinan UMNO terutamanya DS Najib. Dan umum mengetahui bahawa Mohamad Hassan bukanlah merupakan orang Najib dan jauh sekali merupakan orang Muhyiddin kerana Mohamad Hassan lah orangnya yang menyuruh Muhyiddin berhenti tatkala Muhyiddin mendesak perletakan jawatan Pak Lah dahulu.

Namun demikian, ketangkasan Mohamad Hassan didalam politik sebenarnya tidak boleh di pandang rendah dan mengikut wawancara beliau beberapa hari yang lalu didalam Utusan, beliau begitu yakin bahawa beliau, tidak boleh tidak, akan dilantik semula untuk menerajui Negeri Sembilan kerana menurut beliau DUN Rantau hanya mencalonkan beliau seorang saja sebagai Wakil Rakyat.

Sebenarnya keyakinan Mohamad itu sememangnya mempunyai asas. Sungguh pun beliau dikatakan bukan merupakan orang Najib, namun yang nyatanya, Mohamad amat rapat dan amat mengagumi DS Rosmah. Keadaan itu amat jelas dipamirkan di minggu yang lepas dimana gambar-gambar Rosmah telah menyelubungi seluruh bandar Seremban berikutan dengan kehadiran Rosmah di Negeri Sembilan kerana menjayakan program Pandu Puteri.

Dalam keadaan sedemikian, harapan Isa Samad, jika ada sekali pun, untuk kembali menerajui Negeri Sembilan adalah amat tipis sekali. Begitu juga dengan harapan dan impian Hassan Malek mahu pun Dr. Awal.

Pengajaran Politik: Di masa akan datang, jika ada mana-mana puak yang ingin menyingkirkan Mohamad, selain dari mengawasi 'pintu hadapan' rumah Najib, mereka juga perlu lah mengawasi 'pintu dapur' rumah Najib.

Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-44236311445701899132012-04-05T22:07:00.000-07:002012-04-05T22:07:16.502-07:00PRU 13: Apakah Najib dan Muhyiddin Mempunyai Mimpi Berlainan?PRU 13 sudah makin hampir. Kegelisahan di wajah DS Najib amat terserlah sekali. Najib juga nampaknya bersendirian ke hulu ke hilir. Kalau UMNO/BN menang PRU 13 nanti, kredit harus diberikan kepada DS Najib seorang dan bukan kepada UMNO/BN atau mana-mana Pak Menteri yang lain. Kredit juga mesti diberikan kepada ayahanda DS Najib kerana nama itu masih mempunyai tempat didalam hati rakyat Malaysia.

PRU kali ini sememangnya penting buat Najib kerana belum pernah terjadi didalam sejarah negara yang parti pemerintah UMNO/BN di kalahkan. Namun kemenangan tipis seperti yang berlaku pada tahun 2008 tidak juga akan menjamin kedudukan Najib sebagai PM. Dengan itu Najib amat memerlukan majoriti 2/3. Sekiranya tidak, Najib mungkin akan menerima nasib yang sama seperti yang telah menimpa Pak Lah.

Yang pastinya sudah tentu ada puak-puak di dalam UMNO yang akan menolak Najib sepertimana mereka menolak Pak Lah dahulu. Dan mungkin itu adalah merupakan peluang terakhir untuk membolehkan TS Muhyidin menduduki kerusi PM.

Dalam ertikata lain, kemenangan UMNO/BN dengan majoriti melebihi 2/3 sudah pasti akan menguntungkan Najib tetapi mungkin tidak bagi Muhyidin. Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-6049901950456912132011-03-08T23:17:00.000-08:002011-03-09T01:04:07.935-08:00Akta Veteran Untuk Apa?Semalam Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Veteran 2011 di Parlimen. Setelah meneliti rang undang-undang tersebut yang mengandungi 24 seksyen didalam lima bahagian, saya tertanya-tanya apakah motif dan objektif yang ingin dicapai oleh Akta tersebut kerana yang jelasnya Akta tersebut tidak mempunyai 'preamble' seperti yang lazimnya terdapat dimana-mana akta lain. Kalau lah hanya untuk mendapatkan dana dari pihak Kerajaan maka diperlukan akta, saya kira ini adalah suatu perkara yang 'kelakar' kerana dana Kerajaan bukan sahaja dipinta oleh persatuan-persatuan bekas tentera tetapi juga oleh persatuan-persatuan kebajikan yang lain seperti persatuan penjaja, persatuan pemandu teksi, persatuan ibu tunggal dan berbagai lagi persatuan yang lain. Apakah ini bermakna Kerajaan akan menubuhkan Majlis Ibu Tunggal Kebangsaan pula selepas ini?

Dengan itu persoalan timbul, mengapa perlunya akta tersebut diujudkan. Mengapakah anggota-angota tentera yang semasa berkhidmat dikawal dibawah akta dan selepas bersara pun masih dikawal dibawah akta? Mengapa pesara-pesara Kerajaan yang lain seperti pesara polis atau pesara pegawai-pegawai Kerajaan yang lain tidak diletakkan dibawah akta?

Persoalan juga timbul, apakah akan terjadi kepada bekas-bekas anggota tentera yang enggan untuk mendaftarkan diri dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM? Apakah mereka tidak layak untuk mendapatkan sebarang bantuan dari pihak Kerajaan? Apakah pihak Kerajaan telah lupa akan makna dan takrif "deferred salary" yang diberikan oleh pihak Kerajaan semasa mereka-mereka berkhidmat dahulu?

Yang jelasnya, apakah akta tersebut, terutamanya Seksyen 17, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang memberikan hak kebebasan untuk berpersatuan seperti yang digariskan dibawah Artikel 10?

Dengan yang demikian adalah lebih baik jika pihak kerajaan mengadakan sessi penerangan kepada gulungan sasar terlebih dahulu sebelum rang undang-undang tersebut dibahas dan diluluskan di Parlimen. Perbuatan untuk menyorok-yorokkan rang undang-undang tersebut dari pengetahuan gulungan sasar dan tiba-tiba diusulkan di Parlimen, boleh disalahertikan terutamanya tentang motif akta tersebut.

Apa lagi jika ianya bermotifkan politik.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-84576342626860042262011-03-06T23:07:00.000-08:002011-03-06T23:52:39.615-08:00Is Najib no difference to Gadaffi?Mengikut Zahid Hamidi, seperti apa yang disiarkan di muka surat 8, Utusan Malaysia bertarikh 5hb Mac 2011, "ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Tunisia dan Libya"... "Sehubungan dengan itu kata Ahmad Zahid, ATM menerusi tiga cabangnya ... sudah bersiap sedia menghadapi situasi tersebut".

I am not particularly sure whether that kind of statements really came from him or Utusan has outrightly misquoted him.

If what was reported by Utusan was the truth, then democracy in Malaysia is as good as dead and Najib is no difference to Gadaffi who uses his military might against his own rakyat.

Astafirallah ...Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-9134553583486625732010-07-18T04:38:00.000-07:002010-07-19T07:51:57.826-07:00UMNO Semakin TerdesakMenjelang PRU Ke-13, UMNO nampaknya telah menjadi semakin terdesak. Semasa zaman senangnya dahulu, sebelah mata pun mereka tidak memandang kepada PAS. Macam-macam yang dipersendakan. Tetapi kini nampaknya UMNO semakin ghairah untuk mendampingi PAS yang kononnya bertujuan untuk menyatukan ummah.

Kalaulah benar UMNO ingin menyatukan ummah bersama dengan PAS, itu adalah merupakan satu usaha yang murni dan harus disegerakan. Malah UMNO tidak perlu menunggu untuk mendapatkan temujanji dengan TGNA. UMNO boleh bertindak secara unilateral; bubarkan UMNO segera dan arahkan semua ahli UMNO untuk menyertai PAS. Saya percaya PAS tidak akan menolak mana-mana ahli UMNO yang sudah insaf yang ingin menyertai mereka.

Sekiranya itu tidak dapat dilakukan oleh UMNO, ini bermakna UMNO sebenarnya tidak ikhlas didalam usaha mereka untuk menyatukan orang-orang Melayu. Ia hanya merupakan satu cakap kosong sahaja. Ia hanya merupakan tidak lebih dari satu strategi bukan sahaja untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan harapan agar PKR dan DAP tidak lagi akan percaya kepada PAS tetapi yang lebih diidami oleh UMNO adalah untuk melihat PAS sendiri lumpuh dan kehilangan kredibiliti kerana keadaan itu akan menjaminkan kemenangan UMNO dikesemua kerusi. (Lazimnya kerusi-kerusi UMNO akan ditandingi oleh PAS dan bukan DAP)

Dengan itu PAS haruslah beringat agar 'jangan melepaskan anjing tersepit'.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-61329580145505791852010-03-29T05:32:00.000-07:002010-03-29T07:07:26.496-07:00Hulu Selangor: Pakatan Boleh Menang Jika Letak Calun IndiaPilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang bakal diadakan dalam masa terdekat pastinya akan memeningkan kepala kedua-dua pihak BN dan PR kerana Hulu Selangor bukan lah boleh dikatakan kubu kuat PR mahu pun kubu kuat BN. Kedua-dua parti mempunyai peluang yang sama dan jika dilihat dari segi demografi, hanya pemilihan calun yang akan membezakan yang menang dengan yang kalah. Dengan itu kedua-dua pihak tidak boleh mengambil sikap sambil lewa didalam soal pemilihan calun. Dan yang pentingnya, strategi serta pendekatan yang digunakan di Hulu Selangor boleh dijadikan iktibar didalam pemilihan calun bagi Pilihanraya ke-13 kelak.

Dari segi sejarah BN, kerusi Hulu Selangor sentiasa diberikan kepada MIC sehinggalah ke pilihanraya yang lepas dimana calun MIC tumpas ditangan calun dari PKR. Dengan itu tidak heran lah jika Samy Velu menjadi orang yang pertama yang menuntut kerusi itu supaya diberikan kepada MIC. Malah beliau tidak teragak-agak untuk menamakan Palanivel sebagai calunnya. Disamping itu, terdapat juga suara-suara sumbang dari UMNO yang mahukan kerusi itu diberikan kepada TS Muhamad Muhd Taib supaya kemenangan bersejarah TS Isa Samad di Bagan Pinang dapat diulangi.

Yang nyatanya, meskipun UMNO berjaya merampas kerusi Hulu Selangor dari MIC, kerusi itu tidak akan diberikan sama sekali kepada TS Muhamad Muhd Taib kerana TS Muhyidin Yassin, selaku Timbalan Presiden UMNO (yang ditentang oleh TS Muhamad) sudah tentunya tidak akan bersetuju. Dengan ketiadaan nama-nama besar dari UMNO yang boleh diketengahkan, saya kira BN tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan Palanivel sebagai calun. Malah pencalunan Palanivel akan menampakkan prinsip 'kongsi kuasa' yang diamalkan oleh BN selama ini.

Bagi menentang Palanivel, saya kira PR harus meletakkan calun dari kalangan orang India sama ada dari PKR atau pun dari DAP. Kemenangan Dato Dr. Zainal dalam Pilihanraya ke-12 tidak boleh dijadikan ukuran kerana beliau adalah bekas Timbalan Menteri Besar Selangor yang tentunya tidak boleh disamakan dengan Dato Zaid Ibrahim atau pun Syed Shahir. Calun dari kalangan orang Cina juga tidak sesuai kerana pengundi-pengundi di Hulu Selangor sudah biasa berurusan dengan 'Palanivel'.

Yang nyatanya, meskipun kebelakangan ini terdapat banyak isu-isu negatif tentang PR, pendirian pengundi-pengundi bukan Melayu masih lagi belum berganjak dan Hulu Selangor mempunyai 47% pengundi bukan Melayu.

Saya percaya sekiranya PAS boleh membawa 3% pengundi dari kalangan orang Melayu, PR pasti menang kerana penyokong-penyokong Muhamad Taib akan memberikan selebihnya.

Hidup PAKATAN !!!Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-26651196515643823292010-03-25T21:35:00.000-07:002010-03-25T22:15:44.669-07:00Chua Pasti Menang: Masaalah MCA Selesai, Masaalah BN Bermula.Mesyuarat Agung MCA yang bakal diadakan pada 27hb Mac ini yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Presiden, pastinya akan menjanjikan satu keputusan yang menarik.

Pertandingan tiga penjuru itu nampaknya akan menyebelahi Chua Soi Lek (CSL) kerana penyokong-penyokong Ong Tee Kiat (OTK) dan Ong Ka Ting (OKT) adalah dari kem yang sama dan dengan itu undi mereka akan berpecah. Senario ini adalah sama dengan kemenangan KJ dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu.

Begitu juga dengan pemilihan Timbalan Presiden MCA. Liow Tiong Lai (LTL), meski pun dilihat lebih popular dari Kong Choo Ha (KCH) tetapi LTL akan tewas didalam pemilihan ini kerana beliau hanya akan mendapat sokongan dari penyokong-penyokong OKT sedangkan penyokong-penyokong OTK, meski pun mereka tidak menyokong CSL, mereka akan memberikan undi kepada KCH kerana mereka tidak mahu melihat kemenangan LTL yang dikatakan menikam bossnya (OTK) dari belakang.

Dengan kemenangan CSL dan KCH, kemelut kepimpinan didalam MCA nampaknya akan selesai. Puak-puak OKT dan OTK sudah tentunya akan perlahan-lahan diusir keluar, sekiranya tidak luka lama sudah pasti akan berdarah kembali. Sebagai orang politik sudah pasti CSL lebih tahu apa yang terbaik untuk beliau dan MCA.

Namun begitu, penyelesaian kemelut politik MCA nampaknya tidak akan membawa berita gembira kepada BN. Yang nyatanya Kerajaan BN terpaksa mencari sunah dan hadis bagaimana hendak menghalalkan perbuatan CSL di Batu Pahat sedikit masa dahulu, sehingga menyebabkan CSL terpaksa melepaskan jawatan kabinetnya. Sunnah dan hadis itu amat perlu, sekiranya tidak, ia amat sukar bagi Kerajaan BN untuk membawa masuk CSL kedalam kabinet mereka kerana CSL sendiri sedar akan kesilapannya itu dan berpendapat beliau sendiri tidak layak untuk duduk didalam kabinet, maka sebab itu lah beliau berundur.

Yang nyatanya masaalah BN akan bertambah rumit sekiranya CSL selaku Presiden MCA dibiarkan terus berada diluar kabinet.

Mungkin inilah keadaan yang dikatakan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-20567543001161493232010-03-16T06:53:00.000-07:002010-03-16T09:25:17.812-07:001Malaysia: Satu Lagi Projek Rhetorik Kerajaan BNSungguh pun DS Najib telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang konsep Gagasan 1Malaysia di Parlimen pagi tadi, tetapi nampaknya konsep yang cuba diketengahkan oleh beliau itu masih lagi samar-samar dan tidak mungkin akan membawa negara ini kemana-mana kerana konsep itu sebenarnya adalah tidak lebih dan tidak bukan hanyalah merupakan satu lagi Projek Rhetorik Kerajaan Barisan Nasional yang dipelupori oleh UMNO.

Yang nyatanya selagi peranan UMNO dilihat sebagai dominan selagi itulah konsep 1Malaysia tidak akan membawa Malaysia kemana-mana. Cakap lah apa pun. Anjurlah berapa banyak program seperti Juara Rakyat pun, konsep itu tidak akan berjaya dijadikan umpan selagi Kerajaan BN masih dilihat seakan-akan belum bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain seperti MCA dan MIC terutamanya didalam menerajui kementerian-kementerian penting seperti KDN, Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pertahanan.

Atau apakah DS Najib sendiri akan ditolak oleh UMNO sekiranya beliau berbuat demikian.

Allah saja Yang Maha Mengetahui ...Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-61652639140040418752010-02-15T18:17:00.000-08:002010-02-15T19:13:22.609-08:00Teruskan Membaca Utusan MalaysiaKadang-kadang seronok juga membaca akhbar Utusan Malaysia dan dengan itu saya sarankan agar Pakatan Rakyat menarik balik arahan mereka untuk memulaukan Utusan Malaysia.

Hari ini, 16 Feb 2010 saya terbaca satu analisis yang ditulis oleh Nadzir Awang Ahmad di muka surat 10 yang bertajuk "Krisis Pembangkang Serius' yang agak kelakar yang mungkin menggambarkan cara pemikiran orang-orang UMNO masa dulu, kini dan selamanya.

Pertama sekali saya kira tidak perlulah saya membuat komen tentang tajuk rencana itu sendiri yang menggunakan bahasa cacamerba seperti perkataan 'serius'. Biarlah pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang mengambil isu itu dan saya kira Utusan Malaysia juga termasuk didalam gulungan itu.

Menyentuh tentang nama-nama dan gambar yang disiarkan didalam rencana itu yang dikatakan 'nama-nama besar', saya percaya kita dapat menyelami cara pemikiran orang-orang UMNO yang sebenar. Bagi orang-orang UMNO, mereka-mereka yang bertindak sebagai 'budak suruhan' atau 'runner' kepada menteri-menteri adalah dianggap sebagai 'nama-nama besar'. Mungkin agaknya ini lah yang berlaku didalam UMNO selama ini. Kita tidak perlu berjumpa dengan menteri-menteri sekiranya kita mahukan sesuatu projek. Memadailah saja berjumpa dengan 'nama-nama besar' dalam istilah UMNO itu dan pasti projek itu akan bergegas turun.

Kalau kita perhatikan dalam 12 orang yang disenaraikan oleh Nadzir Awang Ahmad, mungkin hanya 2 orang yang boleh dianggap mempunyai nama besar: Marina Yusof dan Dr. Chandra Muzaffar. Namun nama mereka tidak lah sebesar mana didalam dunia politik Malaysia. Marina Yusof tidak mempunyai tempat didalam UMNO, meneruskan perjuangannya didalam Parti Melayu Semangat 46 dan setelah Semangat 46 dibubarkan, berjinak pula didalam Parti KeAdilan; tetapi saya tidak nampak apakah sumbangan yang dapat beliau berikan kepada Parti KeAdilan. Keadaan ini jelas kelihatan semasa Pilihanraya Umum Tahun 1999 dimana Parti KeAdilan tidak mendapat tempat dihati rakyat seperti Pilihanraya Tahun 2008 yang lepas. Begitu juga dengan Dr. Chandra Muzaffar. Beliau bukanlah seorang politician. Mempunyai ijazah kedoktoran didalam bidang Sains Politik bukanlah membuatkan seseorang itu secara otomatiknya mahir sebagai seorang politician. Kita harus lah dapat membezakan antara politician dengan 'penganalisis politik'. Ia amat jauh berbeza. Keadaan ini samalah juga dengan keadaan seorang profesor yang mengajar atau menulis berbagai buku dalam bidang pentadbiran perniagaan tetapi belum pasti mereka akan dapat melonjakkan Malaysia Airlines atau pun pengeluaran dan penjualan kereta-kereta Proton, misalnya, jika dilantik sebagai Pengarah Urusan didalam syarikat-syarikat GLC tersebut. Maka sebab itulah agaknya tiada diantara mereka yang dilantik untuk menerajui syarikat-syarikat milik Kerajaan meskipun prestasi beberapa syarikat milik Kerajaan tidak lah begitu membanggakan.

Nama-nama seperti Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi, saya kira tidak perlulah saya sentuh kerana nama-nama itu hanya menjadi 'besar' dalam istilah UMNO hanya setelah mereka bertindak keluar dari Pakatan Rakyat hingga menyebabkan Kerajaan PR di Perak runtuh. Kalau itu lah yang menjadi ukuran 'nama-nama besar' didalam UMNO, yang bakal mendapat tempat didalam buku-buku sejarah dinegara ini, saya percaya 'we are not going anywhere'.

What a pity!!Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-81043902218622638122009-11-17T05:44:00.000-08:002009-11-17T07:40:36.394-08:00Kota Siputeh: PAS Tiada Alasan Untuk KalahPRK Kota Siputeh yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi mungkin boleh memberi peluang kepada PAS untuk menebus maruah mereka setelah di malukan di Bagan Pinang. Seandainya PAS masih gagal untuk merebut kerusi di halaman mereka sendiri, ia adalah merupakan satu petanda yang tidak baik untuk parti itu secara khususnya dan untuk PR secara amnya dan ia pasti akan menyukarkan perjalanan PR ke Putrajaya menjelang PRU Ke-13 kelak. Oleh itu PAS tiada mempunyai banyak pilihan di Kota Siputeh dan PAS juga tiada mempunyai alasan untuk kalah.

Sebenarnya PAS boleh menjadi sebuah parti yang kuat dan di segani oleh kawan dan lawan sekiranya parti itu tahu di mana tempat yang mereka boleh 'bermain' dan di mana tempat-tempat yang bukan untuk mereka, meskipun 100% penduduk di kawasan itu terdiri daripada orang-orang Melayu. Sekiranya itu boleh dilakukan oleh PAS, usaha Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Pusat bukan lah merupakan suatu perkara yang mustahil.

Yang pentingnya tiap-tiap parti didalam PR termasuk PAS mestilah bersedia untuk melihat apa yang di tinggalkan oleh sejarah dan dari situ masing-masing akan dapat melihat dimana letaknya kekuatan dan kelemahan masing-masing. Yang nyatanya, tidak ada mana-mana satu parti pun di dalam PR, termasuk PAS, yang mampu untuk menawan bahkan 51% dari kesemua 191 kerusi parlimen yang dipertandingkan secara bersendirian. Dengan itu mereka perlulah bergantung diantara satu sama lain dan untuk tujuan itu sikap tamak haloba berebut kerusi sesama sendiri mestilah di hapuskan sama sekali.

Negara kita, sungguh pun sudah merdeka sekian lama, sebenarnya masih tidak banyak yang berubah. Negeri-negeri di Pantai Timur, misalnya, masih jauh ketinggalan di dalam berbagai aspek jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Pantai Barat. Begitu juga jika di bandingkan di antara negeri-negeri di Malaysia Timur dengan negeri-negeri di Malaysia Barat. Malah tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa negeri-negeri di utara Semenanjung juga jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di selatan Semenanjung. Saya percaya faktor-faktor itu adalah merupakan satu faktor asas yang boleh di gunapakai di dalam kita merangka strategi politik.

Dengan itu, PAS, misalnya, mestilah menumpukan perhatian mereka di negeri-negeri yang dahulunya dikenali sebagai Unfederated Malay States sahaja, iaitu Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis dan membiarkan PKR mengembangkan sayap mereka di negeri-negeri yang dahulunya dikenali sebagai Federated Malay States, sementara DAP menumpukan fokus mereka di kawasan-kawasan bandar.

Sekiranya setiap parti di dalam PR dapat menerima hakikat ini, perjalanan mereka ke Putrajaya pasti akan kesampaian juga dan mala petaka saperti di Bagan Pinang pasti tidak akan berulang.

Hidup Rakyat!!!Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-9810782936594993182009-11-14T00:12:00.000-08:002009-11-14T00:43:08.336-08:00Jambatan Runtuh: Apa Kesudahannya?Syabas di ucapkan kepada Kerajaan yang telah mengumumkan keputusan badan siasatan berkaitan dengan jambatan runtuh di Kampar tempuhari yang mengorbankan 3 pelajar. Menurut badan siasatan tersebut, yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran sendiri, kemalangan tersebut adalah berpunca dari kelemahan struktur jambatan tersebut.

Namun yang anehnya, dari 22 pelajar yang dilapurkan terlibat didalam kejadian itu, mengapa kesemua (3 orang) pelajar yang terkorban tersebut terdiri dari anak-anak kaum India?

Saya berharap badan siasatan tersebut telah menjalankan penyiasatan secara terperinci dan berpuashati bahawa kematian 3 pelajar India itu adalah sebenarnya secara kebetulan sahaja dan bukannya disebabkan oleh pilih kasih atau diskriminasi yang berlaku ketika usaha-usaha menyelamat di lakukan pada malam kejadian itu.

Saya juga berharap tindakan undang-undang, kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian, akan diambil terhadap kontraktor yang bertanggungjawab di dalam pembinaan jambatan tersebut.

Hendaknya Kerajaan perlu lah serius di dalam menjaga kepercayaan dan kebajikan rakyat dan bukan sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' saja.

Salam.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-36707713917982148842009-11-13T01:42:00.000-08:002009-11-13T01:52:15.908-08:00Undang-Undang Pemakaian Topi Keledar Bukan Untuk SemuaHari ini The Star menyiarkan gambar TS Muhyiddin Yassin yang sanggup membonceng motorsikal semata-mata ingin meninjau nasib rakyat yang dilanda banjir. Agaknya dengan menyiarkan gambar tersebut, The Star ingin mengambarkan betapa prihatinnya pemimpin BN terhadap nasib rakyatnya.

Malangnya TS Muhyiddin Yassin telah memberikan satu mesej yang tidak baik kepada penunggang-penunggang motorsikal. Beliau telah di lihat tidak memakai topi keledar!!!

Atau apakah pemakaian topi keledar hanya di kuatkuasakan secara berpilih-pilih!

Malaysia boleh.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-912690862789930012009-11-06T06:43:00.000-08:002009-11-06T08:10:35.521-08:00JPJ Sudah Tidak Ada KerjaAgaknya JPJ pun sudah tidak ada kerja atau pun tidak ada idea bagaimana hendak bekerja sebab itu lah Kerajaan mencadangkan agar kenderaan 15 tahun keatas di bawa ke JPJ untuk di periksa setiap tahun!!!

Pagi tadi dalam perjalanan balik dari Mahkamah Tampin, saya telah di arahkan berhenti oleh anggota-anggota JPJ yang membuat sekatan jalanraya berhampiran dengan Air Panas, Pedas semata-mata kerana mereka hendak memeriksa lesen memandu saya.

Saya pun tidak tahu apakah tujuan sebenar mereka memberhentikan saya, tetapi kalau lah tujuan mereka semata-mata untuk memeriksa lesen memandu saya, saya rasa pihak berkuasa JPJ perlu memikirkan semula strategi dan pendekatan mereka terhadap tugas-tugas mereka agar wang rakyat yang digunakan bagi membayar gaji mereka, meskipun tidak sebanyak mana, tidak dibazirkan begitu saja.

Pihak Berkuasa JPJ sepatutnya melatih anggota-anggota bawahan mereka bagaimana hendak mengenali sasaran-sasaran mereka dan bukannya menahan pengguna-pengguna jalanraya sesuka hati mereka sehinggakan jalanraya menjadi sesak. Mereka mestilah bertindak saperti orang yang bersekolah. Disamping itu, JPJ juga mestilah melatih anggota-anggota bawahan mereka bagaimana hendak memilih kawasan atau jalan yang sesuai bagi tujuan pemeriksaan lesen memandu itu.

Yang pastinya, kawasan Air Panas Pedas bukanlah kawasan atau jalan yang strategik bagi tujuan pemeriksaan lesen memandu kerana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai lesen memandu, saperti ramai di antara orang-orang Rembau yang tidak berlesen, sudah pastinya mereka akan menggunakan Lebuh Raya PLUS untuk ke Seremban. Oleh itu perbuatan JPJ mengadakan sekatan jalanraya di jalan tersebut semata-mata untuk memeriksa lesen memandu adalah merupakan satu kerja bodoh dan ianya tidak langsung mencabar minda anggota-anggota JPJ yang malangnya majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu.

Saya sedih.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-91730578193047340812009-11-02T03:48:00.000-08:002009-11-02T07:10:36.565-08:00Dasar Pemeriksaan Kenderaan 15 Tahun Keatas Perlu Di Kaji SemulaDi dalam New Strait Times hari ini ramai nampaknya yang menentang keputusan Kerajaan berkaitan dengan isu kenderaan 15 tahun keatas yang dikehendaki menjalankan pemeriksaan tahunan mulai tahun hadapan.

Apa yang saya difahamkan keputusan itu adalah disebabkan oleh dua faktor: pertama, untuk meningkatkan penjualan kereta nasional; dan kedua, untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Persoalan nya: Apakah benar langkah-langkah tersebut dapat meningkatkan kadar jualan kenderaan tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?

Saya rasa tidak.

Secara logiknya (kalau bukan dari segi teknikal pun) kereta-kereta saperti Mercedes, BMW atau Volvo adalah lebih tahan lama jika dibandingkan dengan kereta-kereta saperti Proton Wira atau Waja atau pun Kancil mahupun Persona. Dengan itu tidak heranlah sekiranya kereta sedemikian yang berusia lebih 15 tahun masih banyak terdapat di jalan-jalanraya. Secara logiknya juga (tolak la isu-isu saperti kemampuan), mereka-mereka yang telah berbelas-belas tahun memandu dan memiliki kereta Mercedes, sekiranya mereka perlu menukar kereta sekali pun, sudah pastinya mereka akan menukar kereta mereka kepada Mercedes atau BMW atau Volvo juga. Adalah agak janggal sekiranya Kerajaan berfikiran bahawa dengan peraturan baru ini, mereka-mereka ini akan menukar kereta mereka kepada Kancil, atau Waja atau pun Persona! Dengan itu ia bermakna sasaran Kerajaan untuk meningkatkan kadar penjualan kereta nasional kepada mereka melalui dasar baru ini sudah tentunya akan terbantut.

Yang jelasnya, sekiranya Kerajaan benar-benar berhasrat untuk meningkatkan jualan kereta nasional, fokus seharusnya diberikan kepada pengguna-pengguna kereta nasional itu sendiri dan dengan itu peraturan 15 tahun tersebut mungkin boleh diturunkan lagi mengikut jangka hayat sesebuah kereta nasional. Bagi Proton Wira atau Waja atau Persona mungkin boleh diturunkan kepada 8 tahun dan kepada Kancil, mungkin boleh diturunkan kepada 3 atau 4 tahun. Dengan cara yang demikian, saya percaya saban tahun penjualan kereta nasional akan melonjak lebih tinggi dan tidak perlu lah mereka yang memiliki Kancil untuk menunggu selama 15 tahun untuk menukar kereta mereka.

Dengan cara sedemikian saya rasa penjualan kereta nasional akan lebih laris saperti goreng pisang panas.

Namun yang sebaiknya Kerajaan seharusnya menjalankan kajian serta meneliti statistik kemalangan jalanraya sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Apakah kereta nasional terutamanya Kancil itu cukup selamat?

Saya rasa semua orang pun tahu, lazimnya kemalangan maut akan menimpa mereka-mereka yang memandu atau menumpang kereta Kancil. Dengan itu Kerajaan seharusnya mengkaji dasar permotoran negara (NAP) dengan terperinci dan saya percaya sekiranya kajian itu dilakukan, Kerajaan sudah pasti akan membuat keputusan untuk memberhentikan pengeluaran kereta-kereta Kancil dan kereta-kereta yang sejenis dengannya.

Kereta-kereta Kancil ini sebenarnya telah membunuh ramai rakyat-rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Apakah Kerajaan mementingkan keuntungan ekonomi lebih dari nyawa mereka-mereka yang berpendapatan rendah?

Selain dari itu, kereta-kereta Kancil ini juga telah menyebabkan kesesakan di jalan-jalanraya. Lorong-lorong yang mempunyai tiga lane saperti dibandaraya Kuala Lumpur akan menjadi lima. Buatlah apa pun, jalan bertingkat atau terowong bawah tanah; jika pengeluaran kereta Kancil diteruskan juga, kesesakan di jalanraya terutamanya di pusat-pusat bandar, tidak akan ada penyudahnya.

Juga menyedihkan, pengeluaran kereta-kereta Kancil ini telah membuatkan ramai mereka-mereka yang berpendapatan rendah saperti peniaga-peniaga pasar malam menjadi muflis. Oleh kerana niat Kerajaan untuk meningkatkan penjualan kereta-kerta tersebut, mereka-mereka yang tidak layak pun telah diberikan pinjaman. Namun selepas beberapa bulan, kereta mereka dirampas dan dilelong. Statistiknya dapat kita lihat didalam akhbar-akhbar saperti The Star atau The New Strait Times (mungkin tidak disiarkan oleh Berita Harian atau Mingguan Malaysia kerana takut di terbaca oleh orang-orang Melayu), dimana beratus-ratus kereta Kancil yang dilelong setiap hari. Mungkin Kerajaan merasa bangga kerana penjualan kereta Kancil meningkat tetapi apakah Kerajaan sedar bahawa dari 1000 kereta yang dijual pada setiap bulan, 700 daripadanya akan dilelong. Keadaan ini jika direnungkan baik-baik amatlah memilukan. Elok-elok mereka anak beranak (peniaga-peniaga kecil terutamanya) duduk diatas kerusi sambil menonton TV, apabila kereta mereka dirampas, mereka terpaksa duduk diatas tikar mengkuang kerana kerusi meja mereka juga turut dirampas.

Sebenarnya, kadar kemalangan maut juga mungkin dapat dikurangkan jika Kerajaan benar-benar meneliti dasar penggunaan motosikal. Jika kita meneliti statistik yang dikeluarkan oleh PDRM disetiap musim perayaan, kita akan dapati bahawa kebanyakan kemalangan maut adalah melibatkan motosikal yang berlaku di jalan-jalan Persekutuan atau di Lebuh-Lebuh Raya. Dengan itu, sekiranya Kerajaan benar-benar serius didalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, Kerajaan seharusnya mengambil satu tindakan berani; iaitu memberhentikan pengeluaran dan penjualan motosikal sama sekali. Namun langkah itu mungkin akan menyusahkan rakyat yang sememangnya sudah susah. Oleh itu saya mencadangkan agar penggunaan motosikal di jalan-jalan persekutuan dan di lebuh-lebuh raya diharamkan sama sekali. Penggunaan nya mestilah dihadkan, iaitu di kampung-kampung sahaja dan di dalam bandar-bandar sahaja kerana pada kelaziman nya kemalangan yang berlaku di dalam kampung atau di dalam bandar bukanlah merupakan kemalangan maut. Mereka-mereka yang perlu ke bandar atau sebaliknya, mestilah menggunakan pengangkutan awam.

Saya rasa dengan cara itu, banyak nyawa yang akan terselamat terutamanya nyawa-nyawa orang yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada 80% rakyat Malaysia.

Dan dasar pemerikaan kenderaan 15 tahun keatas itu akan hanya menyusahkan rakyat yang sememangnya sudah susah.

Salam.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-61877791010914784272009-10-13T06:41:00.000-07:002009-10-13T08:23:17.022-07:00Kesan Ekonomi Ekoran Pindaan Perlembagaan UMNOPersidangan UMNO yang akan berlangsung esok akan tertumpu kepada pindaan perlembagaan. Menurut pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, pemindaan tersebut adalah perlu kerana ia akan dapat mengawal budaya politik wang yang kini berleluasa didalam UMNO terutama sekali didalam musim pemilihan.

Namun saya yakin pemindaan tersebut tidak akan membawa sebarang makna, malah tidak keterlaluan jika saya katakan ia akan membawa segala bentuk rasuah ke darjat yang lebih tinggi.

Nadi UMNO sebenarnya, hanyalah terletak kepada 191 orang sahaja, iaitu, Ketua-Ketua Bahagian dan kesemua mereka ini adalah jutawan. Maka sebab itulah mereka boleh memegang jawatan tersebut sampai berkurun sehingga anak bujang mereka membesar dan bersedia untuk mengambil alih dan sekiranya mereka tidak mempunyai anak bujang, jawatan itu akan diserahkan kepada menantu. Ia bagaikan pesaka saperti yang diamalkan didalam sistem feudal.

Sebagai seorang jutawan, ketua-ketua bahagian, tidak mempunyai masaalah untuk memberi makan kepada ahli-ahli UMNO kerana mereka tidak perlu memberi makan kepada kesemua ahli. Apa yang perlu mereka lakukan hanya lah memberi makan kepada ketua-ketua cawangan sahaja. Itu pun tidak perlu semua; 70% daripada mereka sudah memadai. Ini bermakna sekiranya Bahagian tersebut mempunyai 100 cawangan, sebagai Ketua Bahagian, beliau hanya perlu menjaga 70 orang sahaja meskipun Bahagian tersebut mungkin mempunyai seramai 2000-3000 orang.

Sekiranya dipandang dari satu sudut, keadaan ini mungkin lambat laun akan membuatkan seseorang Ketua Bahagian itu menjadi bankrap. Namun itu adalah satu pandangan yang salah. Didalam senario baru ini, untuk mengekalkan jawatan, ketua-ketua bahagian tidak lagi boleh beroperasi secara solo. Mereka perlu mendapat bantuan dari mereka-mereka yang berhajat untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi; yang mana lazimnya kerusi itu akan menjaminkan jawatan menteri atau timbalan menteri yang mempunyai kuasa didalam pemberian kontrak didalam kementerian masing-masing. Dan yang memegang jawatan Menteri Besar pula mempunyai kuasa untuk memberi pasir, tanah, batu atau apa saja yang boleh dijual!

Dan inilah yang saya katakan dari awal tadi bahawa pemindaan perlembagaan UMNO sebenarnya tidak akan membawa sebarang makna; malah akan membawa segala bentuk rasuah kedarjat yang lebih tinggi.

Kalau dulu, mereka-mereka yang berhajat untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi hanya perlu merasuah 7 orang (yang lazimnya disebut sebagai G7) dari setiap Bahagian yang berlegar diperkarangan PWTC tiga tahun sekali, kini mereka perlu mempunyai projek yang bertaraf 'hakmilik kekal' yang perlu diagihkan kepada ketua-ketua bahagian.

Dengan itu saya amat yakin bahawa pemindaan perlembagaan tersebut akan melahirkan beberapa empayar besar yang bakal dikepalai oleh ketua-ketua bahagian UMNO dan sekali gus akan mengurangkan pengantungan kepada Tan Sri Ah Chong atau Tan Sri Ah Kau yang diamalkan selama ini.

Dan kesan ekonominya akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

I hope I am wrong!!!Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-16917026919350757452009-10-10T22:58:00.000-07:002009-10-10T23:29:36.841-07:00Isa Menang, UMNO Dalam DilemaPengundian di Bagan Pinang masih berjalan rancak. Namun maklumat yang saya terima, Isa telah pun memenangi undi pos yang berlangsung semalam. Dengan itu kemenangan hampir pasti akan menyebelahi Isa Samad.

Dari satu sudut yang lain, kemenangan Isa Samad sudah pastinya membawa padah kepada UMNO/BN. Pertama, UMNO sudah tentu akan menghadapi masaalah untuk menyakinkan rakyat bahawa UMNO itu sendiri adalah serius didalam memerangi rasuah. Kesannya akan dapat dilihat didalam PRU ke 13 dimana saya yakin rakyat akan menolak UMNO/BN. Kedua, penampilan semula Isa Samad sebagai calun di Bagan Pinang sudah pastinya akan membuatkan orang-orang UMNO sendiri merasa meluat. Apakah Isa Samad yang telah menerajui UMNO Telok Kemang berkurun-kurun lamanya tidak dapat melahirkan seorang pemimpin muda di Telok Kemang? Atau apakah itu sememangnya strategi-strategi yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk terus berkuasa? Saya rasa lambat laun, orang-orang UMNO akan sedar bahawa kehadiran mereka didalam UMNO adalah bagaikan 'menunda berak hanyut'; kalau tak ditunda pun berak pasti hanyut juga!!!

Last but not least, kemenangan Isa Samad sudah tentu akan membawa padah kepada UMNO Negeri Sembilan. Perpecahan UMNO Negeri Sembilan yang berlaku ketika ini sudah pasti akan terus meruncing dan saya tidak terkejut sekiranya satu pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Rantau pula.

Salam.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-42221089457637408422009-10-07T06:54:00.000-07:002009-10-07T08:30:03.971-07:00Zahid Hamidi Mesti Tunaikan JanjiSemalam saya telah bertemu dengan Menteri Pertahanan, YB Dato Zahid Hamidi bagi menyatakan rasa kesal saya terhadap ucapan beliau semasa meresmikan persidangan tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Bahagian Negeri Sembilan yang diadakan pada 04 Okt 2009 di Dewan Orang Ramai Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Semasa berucap dimajlis tersebut, Zahid telah melakukan dua kesilapan besar dimana ucapan beliau bukan sahaja telah mengguris hati bekas-bekas pegawai kanan tentera tetapi juga bekas-bekas tentera dari kaum Cina dan India.

Yang nyatanya Zahid nampaknya seakan-akan menghidapi penyakit 'inferiority complex' dan

penyakit itu mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk disembuhkan. Disamping itu Zahid juga perlu sentiasa mengamalkan konsep 1Malaysia dan mengurangkan semangat perkauman yang kelihatan begitu tebal didalam dirinya kerana kami didalam Angkatan Tentera tidak pernah dilatih sedemikian.

Namun, mujurlah didalam pertemuan itu meskipun Zahid yang bertegang urat untuk menegakkan benang basahnya, akhirnya telah bersetuju untuk meminta maaf diatas kesilapannya itu dan juga bersetuju untuk memperbetulkan keadaan itu didalam ucapannya yang akan datang. Dengan itu saya benar-benar berharap agar Zahid akan dengan ikhlasnya menunaikan janji beliau itu. Sekiranya tidak, mungkin saya terpaksa memanggil sidang media untuk memaksa beliau berbuat demikian.

Akhir kata saya juga berharap agar Zahid dengan segera dapat menghayati budaya ketenteraan agar pandai memilih topik yang sesuai dengan sesuatu forum dan bukan mengikut sesedap rasa sahaja. Jika itu dapat dilakukan oleh Zahid, saya percaya Zahid akan disayangi dan disegani oleh semua lapisan pangkat didalam Angkatan Tentera dan pesara saperti yang pernah di rasai oleh DS Najib.

Salam.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-64733039987242458252009-09-05T21:34:00.000-07:002009-09-05T23:19:28.041-07:00Pilihanraya Kecil Bagan Pinang: Pertarungan Sengit antara Isa Samad dengan Mohamad HassanPilhanraya kecil DUN Bagan Pinang yang bakal diadakan dalam sedikit masa lagi sudah tentu akan menjadi satu pilihanraya yang terhebat jika dibandingkan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain yang telah diadakan sebelum daripada ini kerana keputusan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini akan menentukan untung nasib dan masa depan Kerajaan UMNO/BN di Negeri Sembilan. Seandainya UMNO/BN tewas di Bagan Pinang, ia bermakna Kerajaan UMNO/BN yang memerintah Negeri Sembilan mungkin akan 'tutup kedai' sebelum menjelangnya PRU Ke-13.

Dengan itu tidak hairanlah mengapa pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN mengumumkan bahawa UMNO/BN akan mempertahankan kerusi tersebut habis-habisan, malah sebelum sempat Allahyarham Azman Mohd Nor dikebumikan.

Yang nyatanya, pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini bukan sahaja merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Pakatan Rakyat tetapi ia juga merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh orang-orang UMNO sendiri yang telah bosan dan meluat dengan karenah Menteri Besar Negeri Sembilan serta adik beradik beliau. Dan kekalahan UMNO/BN didalam pilihanraya kecil ini sudah pastinya akan menjanjikan mereka dengan seorang Menteri Besar yang baru.

Namun Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, satu-satunya orang yang berani menyuruh TS Muhyiddin meletak jawatan dizaman Pak Lah dahulu, nampaknya bukanlah calang-calang orang yang boleh diperbodohkan oleh orang-orang UMNO Negeri Sembilan. Meskipun orang-orang UMNO diperingkat Majlis Tertinggi telah menolak kehadirannya, orang-orang UMNO di Negeri Sembilan nampaknya tiada mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian disebabkan oleh faktor kemiskinan. Rata-rata orang-orang UMNO Negeri Sembilan masih mengharapkan 'sesuap nasi' dari Menteri Besar mereka kerana mereka tiada mempunyai punca pendapatan lain selain dari 'meminta' dari Menteri Besar mereka. Malah budaya ini telah diwarisi sejak dari zaman Isa Samad lagi.

Menyedari hakikat sebenar dan karenah orang-orang UMNO Negeri Sembilan, pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini mungkin dilihat oleh Mohamad Hassan sebagai satu landasan terbaik untuk beliau memperkuatkan pengaruh politiknya di Negeri Sembilan, maka sebab itulah beliau menyerahkan soal pemilihan calun kepada Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, agar kekalahan yang bakal diperolehi nanti boleh diletakkan diatas bahu Isa Samad yang sekali gus sudah pastinya akan melenyapkan karier politik Isa Samad.

Dengan itu jelaslah bahwa pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini bukanlah merupakan pertarungan diantara Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN tetapi sebenarnya ia lebih merupakan pertarungan diantara Isa Samad dengan Mohamad Hassan dan keputusannya pasti menarik.

Rakyat pastinya akan berpakat dan menolak kedua-dua mereka!!!

Sama-sama lah kita tunggu.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-33256207409703834632009-08-31T03:36:00.000-07:002009-08-31T04:17:22.665-07:00BN v PR: Apa Bezanya?Semalam akhbar-akhbar utama melapurkan bahawa Najib tidak akan mencampuri urusan dalaman MCA berikutan dengan pemecatan Chua Soi Lek.

Persoalannya: Apakah Najib enggan masuk campur atau Najib tidak boleh masuk campur? Sebagai Pengerusi BN, Najib seharusnya masuk campur kerana masaalah MCA adalah juga masaalah BN. Jika tidak, buat apa beliau terima jawatan Pengerusi itu?

Dengan itu adalah amat jelas, sebenarnya BN dan PR adalah sama. BN tidak boleh masuk campur urusan dalaman parti-parti kompenen yang lain. Begitu juga dengan PR. Dengan yang demikian, pemimpin-pemimpin BN janganlah asyik mempersendakan Pakatan Rakyat.

Ia bagaikan meludah ke langit ...Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-79265588064056812942009-08-31T02:36:00.000-07:002009-08-31T03:32:44.476-07:00KPI: Apa Pentingnya?Perlantikan Idris Jala jelas menunujukkan kegagalan Koh Tsu Koon dalam menterjemahkan KPI saperti yang dibayangkan Najib. Sebenarnya bukanlah salah Tsu Koon sangat. Ia adalah kesalahan Najib kerana Najib seharusnya tahu Tsu Koon sememangnya tiada pengalaman dalam soal KPI. KPI sebenarnya digunapakai dengan meluas dalam dunia korporat dan syarikat-syarikat swasta dalam mengukur performance seseorang dan lazimnya dikaitkan dengan pemberian bonus dan kenaikan pangkat.

Dengan itu adalah amat jelas bahawa perlantikan Tsu Koon kejawatan itu bukanlah disebabkan oleh kepakarannya tetapi disebabkan untuk mengisi kuota atas dasar konsensus yang diamalkan oleh Kerajaan UMNO/BN selama ini dan juga untuk menutup mulut Parti Gerakan yang agak lantang mengkritik UMNO selepas mereka di halau dari Pulau Pinang. Dalam ertikata lain, nampaknya perbuatan Kerajaan UMNO/BN itu tidak langsung mencerminkan sifat 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Najib dalam slogan pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan. Perlantikan Tsu Koon sebagai Menteri yang bertanggungjawab keatas KPI hanyalah merupakan satu pembaziran wang rakyat dalam membayar gaji serta faedah-faedah lain yang dinikmati oleh Tsu Koon sebagai seorang Menteri.

Namun perlantikan Idris Jala juga nampaknya tidak begitu tepat. Jika pencapaian yang diutamakan dan rakyat didahulukan, saya rasa Tony Fernandez adalah lebih layak bagi mengisi jawatan itu. Tony telah berjaya membawa Air Asia keserata dunia tanpa menjual satu pun bangunan-bangunan milik Air Asia.

Dengan itu adalah diharapkan agar Kerajaan UMNO/BN akan lebih peka lagi dalam membuat dasar dan keputusan agar tidak menjadi bagaikan indah khabar dari rupa yang akhirnya membebankan rakyat. Wang rakyat hendaklah digunakan bagi kepentingan rakyat dan KPI itu bukanlah merupakan satu keperluan asas rakyat dan memerlukan dua orang Menteri untuk menjaganya. Saya tidak nampak apa perlunya ada KPI dalam perkhidmatan Kerajaan jika bonus masih diberikan kepada semua tidak kira sama ada mereka perform atau tidak, atau kenaikan pangkat masih berdasarkan kepada seniority, atau pecalunan sebagai wakil rakyat dan Parlimen masih berdasarkan kepada faktor 'kenality'.

Fikir-fikirkan lah ...Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-87974395540535799512009-06-19T18:10:00.000-07:002009-06-19T19:09:39.917-07:00Kerajaan Perpaduan: PAS Jangan lah Terlalu GhairahKenyataan TS Muhyiddin Yasssin semalam benar-benar menunjukkan bahawa UMNO telah tidak sabar lagi untuk untuk duduk semeja dengan PAS. Dengan itu bolehlah di rumuskan bahawa UMNO kini sudah menentukan agendanya serta habuan-habuan yang bakal di perolehi dari perbincangan tersebut.

Namun PAS perlulah memikirkan idea untuk mengujudkan kerajaan perpaduan tersebut dengan lebih teliti. Apakah menafaat yang bakal di terima oleh PAS jika kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan? Apakah PAS hanya berpuas hati jika Ustaz Hadi di lantik sebagai Timb Perdana Menteri Kedua? Apakah kesannya pula terhadap masyarakat Malaysia sekiranya parti pemerintah dikuasai oleh orang-orang Melayu dan parti pembangkang dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu? Apakah kesannya terhadap kepercayaan yang mula hendak dibina diantara kaum di negara ini? Apakah semua ini akan membawa kepada kebaikan ummah Malaysia keseluruhannya atau membawa kepada kehancuran kepada sistem yang telah dibina sekian lama? Apakah Pas benar-benar yakin kerajaan perpaduan tersebut boleh merapatkan saf antara orang-orang Melayu? Tidak kah Pas menyedari bahawa saf orang-orang UMNO sendiri tidak dapat di rapatkan oleh UMNO?

Sebagai contoh, cubalah kita lihat, apabila TDM melepaskan jawatan, kemanakah perginya orang-orang kanan TDM? Selepas DS Najib mengambilalih, kemana pula perginya orang-orang kuat Pak Lah? KJ meskipun memenangi pemilihan Ketua Pemuda UMNO telah tidak diberikan apa-apa jawatan di dalam kabinet sedangkan Mukhriz, anak TDM yang kalah di beri tempat! Apakah maknanya semua ini? Mengapa Zulhasnan yang menang didalam pemilihan Majlis Tertinggi di gugurkan dari kabinet? Dan siapa pula Raja Nong Chik? Bagaimana pula dengan Mohamad Hasan yang tewas dan tidak dilantik menganggotai MT sedangkan kesemua MB lain yang tewas di lantik? Apakah pentingnya Abd Aziz Shiekh Fazdil dari Mohamad Hasan sehinggakan beliau di beri tempat?

Yang nyatanya UMNO perlu mengujudkan perpaduan dikalangan mereka dahulu. Jika rumah mereka sudah dibaiki, barang-barang antik lama saperti hasad dengki sudah di humbankan, baru lah mereka boleh bercerita tentang perpaduan ummah. Dengan itu PAS janganlah terlalu ghairah untuk memasuki perangkap sendiri. PAS harus sedar, kemenangan besar yang di perolehi oleh mereka dalam pilihanraya yang lepas sebenarnya bukanlah kerana rakyat telah memberikan sokongan padu kepada perjuangan PAS. Kemenangan itu sebenarnya adalah berdasarkan kepada undi protes; orang-orang UMNO yang tidak berpuas hati kerana calun-calun mereka tidak disenaraikan. Itu saja. Sebagai contoh, cuba kita lihat keputusan piliharaya di Parlimen Rembau. KJ hanya berjaya memenangi kerusi tersebut dengan hanya 6000 majoriti undi sedangkan kawasan Parlimen Rembau adalah kawasan kuat UMNO. Sesiapa saja yang diletakkan di kerusi tersebut akan senang-senang mendapat majoriti melebihi 15,000. Itu yang berlaku pada pilihanraya ke-11. Sekiranyanya UMNO tidak percaya cubalah letakkan calun lain di Perlimen Rembau selain KJ pada PRU ke-13! Dan PAS mesti faham ini.

Semasa UMNO memerintah sekian lama, semasa UMNO/BN kuat, mengapa persoalan tentang perpaduan ummah tidak pernah terlintas di pemikiran pemimpin-pemimpin mereka? Mengapa setelah UMNO/BN gagal untuk meraih undi orang-orang bukan Melayu dan PAS pula di lihat berjaya memikat hati orang-orang bukan Melayu, baru UMNO hendak menghulurkan tangan mereka?

Apakah keadaan sekarang yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan benar-benar sebegitu teruk? Saya rasa tidak. Di zaman ini kita tidak pernah terdengar isu sembahyang dua imam saperti dahulu. Tidak ada isu pulau memulaukan majlis perkahwinan misalnya. Tidak ada isu siapa yang boleh masuk syorga atau siapa yang tidak. Tetapi nampaknya TS Muhyiddin pula yang telah memulakan isu tersebut.

PAS juga mestilah faham. Politics is about power. It is an art of possible.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-38276436143923665392009-06-12T06:38:00.000-07:002009-06-12T09:44:20.230-07:00Mohamad Hasan Dengan Agenda PeribadinyaDi dalam Utusan Malaysia hari ini saya terbaca komen yang di buat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan selepas beliau meresmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Cawangan Rantau yang diadakan semalam. Menurut Mohamad Hasan terdapat dari kalangan bekas-bekas pegawai tentera yang berpangkat tinggi yang dahulunya menyokong Kerajaan dan memperjuangkan kedaulatan negara tetapi setelah bersara mereka menjadi penentang kepada dasar Kerajaan. Menurut Mohamad Hasan lagi, mereka ini sebenarnya bukanlah menyokong sangat perjuangan parti pembangkang tetapi sebenarnya mereka ini mempunyai agenda peribadi.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Mohamad Hasan menuduh orang lain mempunyai agenda peribadi. Malah tuduhan itu telah berkali-kali keluar dari mulutnya. Mohamad Hasan mahu rakyat terutamanya orang-orang Melayu/UMNO percaya bahawa beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatan tinggi yang bergaji besar didalam dunia korporat dan terjun ke dunia politik untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan adalah atas dasar semangat juang yang waja yang ada dalam dirinya dan bukan nya agenda peribadi. Namun apakah dengan menggunakan pendekatan sedemikian Mohamad Hasan akan berjaya untuk menyakinkan rakyat? Saya rasa tidak.

Umum mengetahui sekiranya kita bergaji setinggi mana pun, atau berpangkat setinggi mana pun, di dalam dunia korporat, kita tetap merupakan 'kuli' kepada pelanggan. Misalnya kita menjadi Pengarah Urusan di dalam syarikat yang menjual kereta Mercedes, meskipun gaji kita mencecah seratus ribu sebulan, semua itu tidak di pedulikan oleh pelanggan kita. Sekiranya kereta yang mereka beli dari kita membuat ragam didalam bulan pertama, jawabnya kita tidak akan lekang dari menerima tengkingan pelanggan kerana kereta yang kita jual bukan murah harganya dan dengan itu pelanggan kita juga bukanlah terdiri dari kalangan calang-calang orang. Walaupun gaji kita tinggi, jawatan kita juga tinggi, dalam keadaan sedemikian, kadang-kadang hendak makan pun tidak lalu. Pelanggan langsung tidak menghormati pangkat kita dan jauh sekali gaji kita. Meskipun kita bergelar Dato', pelanggan kita tetap memanggil kita sebagai 'Mat', sekiranya nama kita Mohamad kerana pada hakikatnya kita hanyalah merupakan seorang 'salesman' dan tidak lebih dari itu. Dengan itu kita terpaksalah telan dan tidur dengan kerenah pelanggan. After all customers are always right.

Apakah maruah diri dan tekanan perasaan sedemikian rupa juga di hadapi oleh seorang Menteri Besar? Saya rasa umum pun mengetahui jawapannya. Dengan itu sekiranya kita diterjunkan untuk menjadi Menteri Besar, saya rasa kita tidak akan berfikir dua kali meskipun gaji Menteri Besar tidak semeriah mana kerana umum juga mengetahui lazimnya kuasa Menteri Besar akan di compliment dengan berbagai-bagai kemudahan lain yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran orang-orang korporat. Jadi apakah benar Mohamad Hasan tidak mempunyai agenda peribadi?

Malah tuduhan Mohamad Hasan kepada bekas-bekas pegawai tentera yang tidak menyokong dasar-dasar Kerajaan juga mengambarkan kecetekan daya pemikiran beliau. Pertama, Mohamad Hasan tidak dapat membezakan apa sebenarnya yang di katakan 'Kerajaan'. Bagi beliau 'Kerajaan' itu adalah UMNO/BN. Jadi bagaimana dengan 'Kerajaan' yang ada di Pulau Piinang, Kedah, Selangor dan Kelantan? Kedua, Mohamad Hasan mesti faham bahawa didalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, institusi ketenteraan adalah merupakan sebuah institusi yang 'apolitical'. Dengan itu institusi ketenteraan haruslah taat kepada 'Kerajaan pada hari itu', tidak kira sama ada Kerajaan itu di tubuhkan oleh UMNO/BN, atau mana-mana parti pun dan dengan itu ia bermakna bahawa ketaatan yang ditunjukkan oleh institusi ketenteraan kepada 'Kerajaan pada hari itu' bukanlah merupakan ketaatan yang mutlak kepada sesebuah parti. Sekiranya parti yang memerintah itu tewas di dalam pilihanraya, parti itu tidak boleh terus menerus menuntut ketaatan dari institusi ketenteraan. Ketiga, semasa di dalam perkhidmatan tentera, mereka tidak memerlukan 'gerai', mereka juga tidak memerlukan 'permit taxi', tidak memerlukan lesen kawalan keselamatan, tidak perlu memohon tanah, pasir atau balak. Tetapi setelah bersara, mereka perlukan semua itu untuk menyambung kehidupan. Namun kebanyakan permohonan mereka tidak mendapat perhatian yang setimpal sedangkan rakan-rakan mereka (yang sama-sama gagal SPM dahulu) yang tinggal di kampung dan masuk UMNO dengan mudah sahaja di anugerahkan dengan tanah, pasir, batu dan berbagai lagi hasil bumi yang ada. Dan tanah yang dianugerah itu bukanlah sekadar seekar dua tetapi menjangkau 100 ke 150 ekar dan di jual pula pada keesokan hari nya dengan harga yang mencecah jutaan ringgit.

Dengan senario yang sedemikian, apakah pilihan yang ada kepada mereka? Apakah salah sekiranya mereka menaruh harapan kepada pihak yang lain? Apakah salah sekiranya bekas-bekas pegawai mereka ingin memperjuangkan nasib mereka? Apakah kita sudah lupa bahawa DS Najib sendiri (Menteri Pertahanan pada ketika itu) hampir tewas apabila di cabar oleh seorang bekas Jeneral di kawasannya sendiri? Apakah semua ini tidak memberi apa-apa makna kepada Mohamad Hasan?

Namun ada juga di antara mereka yang menyertai UMNO tetapi hanya setakat menjadi 'macai', memasang khemah dan menampal poster apabila tiba musim pilihanraya. Bekas-bekas pegawai yang berkebolehan tidak mempunyai tempat di dalam UMNO, dan dengan itu penyertaan mereka mesti di sekat.

Sebenarnya daya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO saperti Mohamad Hasan amat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan di Singapura atau di Amerika Syarikat. Di negara-negara tersebut, perkhidmatan dan pengalaman ketenteraan amat di hormati dan di sanjung tinggi sebab itu bekas-bekas pegawai tinggi tentera di negara-negara tersebut diangkat untuk menyertai Kabinet. Keadaan itu tidak pernah berlaku di negara ini. (Baru-baru ini seorang bekas Jeneral di lantik menjadi Menteri tetapi beliau di lantik bukanlah disebabkan beliau adalah seorang bekas Jeneral tetapi oleh kerana beliau adalah merupakan seorang Ulama dan Ustaz dan mungkin disebabkan tiada sesiapa di dalam UMNO yang mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan tersebut).

Dalam keadaan sedemikian saya rasa adalah tidak adil bagi Mohamad Hasan menuduh mereka sebagai mempunyai agenda peribadi. Mohamad Hasan perlu membuka mindanya dan berfikiran saperti orang yang terpelajar di dalam konteks demokrasi dan bukannya membuat komen saperti orang yang tidak bersekolah kerana komen-komen sedemikian akan akhirnya memakan diri sendiri dan UMNO/BN yang bakal menerima padahnya.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-26840610985174578702009-03-22T07:16:00.000-07:002009-03-22T08:29:10.282-07:00Pertandingan Timb Presiden UMNO: Mat Taib Pasti Menang SelesaDengan penyingkiran Ali Rustam nampaknya peluang Mat Taib untuk menjadi Timb Presiden UMNO dan sekali gus menduduki kerusi Timb PM semakin cerah. Sebelum daripada ini, ramai pemerhati politik yang menyangkakan Muhyiddin Yassin akan menang mudah dalam pertandingan tiga penjuru itu kerana penyokong Ali Rustam dan penyokong Mat Taib di katakan datang dari sumber yang sama, iaitu penyokong-penyokong Pak Lah yang marah pada Muhyiddin kerana mendesak boss mereka untuk meletakkan jawatan.

Namun yang sebenarnya jika berlaku pertandingan tiga penjuru pun Muhyiddin sudah tentu akan kecundang juga kerana Muhyiddin tidak semestinya mendapat sokongan dari orang-orang Najib. Pertama, Muhyiddin adalah jauh lebih tua dan dilihat lebih bersih dari Najib dan keadaan ini sudah tentu tidak akan mententeramkan jiwa Najib, tambahan pula sikap berani yang telah di pamerkan oleh Muhyiddin sehingga menyebabkan Pak Lah terpaksa berundur mungkin akan menjadi igauan kepada Najib juga. Kedua, yang pentingnya Najib hanya perlukan seorang timbalan untuk mengisi kerusi Timbalan Presiden untuk satu penggal sahaja kerana di penggal akan datang, Najib pastinya ingin membawa Hishamuddin Hussein. Hishamudin sebagai sepupu kepada Najib sudah tentu tidak akan membuat ragam dan dengan itu Najib bolehlah menumpukan sepenuh jiwa dan raganya terhadap tugas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan aman tanpa di ganggu gugat oleh kekuatan timbalannya atau memerlukan timbalannya membuat pengakuan pada saban tahun saperti yang pernah di lakukan oleh Mahathir dahulu.

Dalam scenario yang sedemikian, adalah amat wajar jika Najib memberikan sokongan kepada calun-calun lain selain dari Muhyidin kerana tindakan sedemikian akan dapat menyelamatkan UMNO Johore, satu-satunya negeri di mana UMNO masih diterima oleh kesemua orang-orang Melayu. Dalam ertikata lain, seandai nya Muhyiddin menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO bagi penggal ini, di penggal akan datang UMNO Johore pasti akan bergolak apabila berlakunya pertarungan diantara Hishamuddin dengan Muhyiddin dan keadaan itu haruslah di elakkan at all cost.

Sunguhpun akhbar The Star (terbitan hari ini) nampaknya memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan Mat Taib pula berhempas pulas mengatakan bahawa beliau fasih berbahasa Inggeris (meskipun beliau sendiri yang mengaku tidak faham bahasa Inggeris semasa di tangkap di Australia dahulu), namun hakikatnya realpolitik tidak akan berubah dan Mat Taib pasti akan dinobatkan sebagai Timbalan Presiden UMNO minggu depan.

Yang pastinya Malaysia berharap semoga DS Najib dapat menjaga kesihatannya untuk tiga tahun akan datang.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-56363652849643235402008-12-06T22:12:00.000-08:002008-12-06T23:15:37.523-08:00UMNO Tidak Perlu MCA Dan Gerakan LagiSemenjak BN kalah teruk di pilehanraya yang lepas, nampaknya MCA dan Gerakan tidak segan silu dan tidak habis-habis untuk menyalahkan UMNO. Semua dasar BN yang mana mereka turut menyokong dahulu diungkit semula. Konsep ketuanan Melayu yang telah lama diamalkan dinegara ini dipertikaikan. Melayu juga dikatakan kaum pendatang saperti mereka. Mukhriz disarankan oleh mereka untuk ditahan dibawah ISA kerana mencadangkan satu sistem persekolahan. Yang anehnya, mereka juga menyarankan agar ISA dimansuhkan tetapi pada masa yang sama rupanya mereka pun masih sayang kepada ISA. Agaknya apabila sudah kalah, fikiran pun menjadi celaru. Semua orang tidak betul. Mereka saja yang betul. Sebab itu lah agaknya kita sering terdengar ada yang bunuh diri, terjun tingkap dan sebagainya bila mereka kalah judi.

Demi untuk mempertahankan konsep BN dan konsep perkongsian kuasa terpaksa lah UMNO mengalah sentiasa. Dan ada diantara Ketua Bahagian UMNO yang terpaksa dilucutkan jawatan nya demi untuk menjaga hati kaum MCA dan kaum Gerakan.

Sebenarnya jika diteliti keputusan pilehanraya yang lepas dengan secara terperinci, UMNO/BN tidak memerlukan MCA atau Gerakan lagi. Kedua-dua parti tersebut tidak lagi mendapat sokongan dari kaum mereka. Dan ini lah yang membolehkan beberapa orang dari kaum India menang jawatan tertinggi didalam pemilihan parti Gerakan tempuhari.

Dengan yang demikian UMNO/BN perlu membuat pendirian dan tidak perlu menghabiskan masa untuk memujuk atau mengambil hati MCA dan Gerakan lagi. Sebaliknya, UMNO/BN perlu memberikan tumpuan kepada kaum Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja. Jika ini dapat dilakukan, nescaya UMNO/BN akan terus memerintah negara ini tanpa boleh diganggu gugat oleh mana-mana kaum lain.

Malah kekuatan politik Melayu mungkin akan menjadi lebih unggul jika PAS dibawa masuk kedalam BN. Jika PAS boleh duduk makan semeja dengan DAP yang menggunakan chopstick dan terang-terang memusuhi konsep Negara Islam yang diidamkan oleh PAS , saya percaya PAS boleh duduk bersila untuk makan bersama UMNO. Untuk menebus kesalahan UMNO yang lepas terhadap PAS dan demi untuk menyakinkan PAS, UMNO mestilah membenarkan PAS untuk menubuhkan kerajaan di Selangor dan Perak.

Didalam politik, semuanya boleh menjadi kemungkinan. Dengan itu jangan lah hendaknya ada dikalangan pemimpin UMNO atau PAS yang berfikiran sempit dan terus mengamalkan politik sempit.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6791711382497315517.post-6665878125936183732008-11-25T03:35:00.000-08:002008-11-25T05:14:23.871-08:00Gambar Pun Boleh BercakapDi hujung minggu yang lepas saya berada di Kota Baru kerana menghadiri Persidangan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang telah diresmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Selepas selesai persidangan tersebut saya dan seorang lagi rakan telah mengambil peluang untuk bersiar-siar di pekan Kota Baru. Apa yang anehnya, tidak satu pun saya ternampak gambar Menteri Besar Kelantan yang di paparkan dimana-mana.

Keadaan ini agak berbeza jika dibandingkan dengan negeri saya dimana gambar Menteri Besarnya terpampang dimerata-rata tempat dan disepanjang tahun. Bermula dengan ucapan Selamat Tahun Baru, diikuti dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina, ucapan Selamat Hari Raya, ucapan Selamat Hari Deepavali dan diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Krismas. Dalam pada itu gambar Menteri Besar juga dipaparkan apabila mengucapkan Selamat Datang kepada menteri-menteri pusat saperti kedatangan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri kabinet. Pendek kata, gambar Menteri Besar sentiasa terpampang diserata tempat dan jika masih ada rakyat Negeri Sembilan atau pelancong asing yang tidak kenal paras rupa Menteri Besar itu, mereka memanglah terdiri dari gulungan orang-orang yang jahil.

Sebenarnya pemasangan banner-banner tersebut bukan saja merupakan satu keuntungan kepada industri-industri kecil yang mungkin boleh menjana pendapatan melebihi RM 1 juta setahun tetapi ia adalah satu strategi pemerintahan yang menjaminkan pulangan yang tidak ternilai oleh wang ringgit. Malah strategi ini telah lama digunakan secara meluas dinegeri-negeri Islam di Timur Tengah saperti di Iraq, Jordan dan Syria.

Di Syria, semasa zaman pemerintahan Presiden Assad, gambar presiden mereka boleh dikatakan terdapat di serata tempat bermula dari pintu masuk sehinggalah keseluruh ceruk kampung. Tidak ada se inci pun tanah dimana rakyat Syria boleh terlepas dari pandangan Presiden Assad sehinggakan rakyat Syria percaya bahawa gambar Presiden Assad boleh mendengar apa yang mereka perbualkan. Malah kepercayaan mereka itu semakin menebal apabila ada dikalangan mereka yang mengutuk atau menghina Presiden mereka akan terus ditangkap keesokannya oleh pihak berkuasa dan kadangkala termasuk seluruh ahli keluarga mereka.

Sungguh pun sebenarnya Presiden Assad memperkasakan dirinya dengan cara menubuhkan sebuah badan Perkhidmatan Rahsia yang dianggotai oleh 7 juta orang, iaitu setengah dari keseluruhan rakyat Syria, yang bermakna tiap-tiap seorang rakyat Syria akan diawasi oleh seorang anggota perkhidmatan rahsia, rakyat Syria masih mahu mempercayai bahawa sebenarnya gambar-gambar presiden mereka itu boleh mendengar dan bukannya Presiden mereka mendapatkan maklumat dari anggota-anggota perkhidmatan rahsia. Akibat dari kepercayaan mereka itu, kita boleh melihat sendiri bagaimana cara ketika rakyat Syria berjalan kaki. Mereka akan tunduk ketika berjalan dan tidak berani menatap wajah Presiden mereka kerana takut disalah ertikan oleh Presiden Assad yang boleh membawa bencana bukan saja kepada mereka malah kepada kaum keluarga mereka.

Keadaan ini lah yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Rembau yang berlangsung pada 9hb November tempuhari. Semua perwakilan yang diberikan Senarai Biru telah menggunakan senarai itu didalam memilih AJK Bahagian dan pemilihan G7. Dan adalah tidak menghairankan bahawa semua nama-nama yang terdapat didalam Senarai Biru itu telah memenangi pemilihan tersebut.

Saya percaya jika strategi ini terlepas kepada Tuan Guru Nik Aziz, Kerajaan PAS sudah tentu akan terus memerintah Kelantan.Col Roselihttp://www.blogger.com/profile/16716679192809781399noreply@blogger.com0