Menjelang PRU Ke-13, UMNO nampaknya telah menjadi semakin terdesak. Semasa zaman senangnya dahulu, sebelah mata pun mereka tidak memandang kepada PAS. Macam-macam yang dipersendakan. Tetapi kini nampaknya UMNO semakin ghairah untuk mendampingi PAS yang kononnya bertujuan untuk menyatukan ummah.
Kalaulah benar UMNO ingin menyatukan ummah bersama dengan PAS, itu adalah merupakan satu usaha yang murni dan harus disegerakan. Malah UMNO tidak perlu menunggu untuk mendapatkan temujanji dengan TGNA. UMNO boleh bertindak secara unilateral; bubarkan UMNO segera dan arahkan semua ahli UMNO untuk menyertai PAS. Saya percaya PAS tidak akan menolak mana-mana ahli UMNO yang sudah insaf yang ingin menyertai mereka.
Sekiranya itu tidak dapat dilakukan oleh UMNO, ini bermakna UMNO sebenarnya tidak ikhlas didalam usaha mereka untuk menyatukan orang-orang Melayu. Ia hanya merupakan satu cakap kosong sahaja. Ia hanya merupakan tidak lebih dari satu strategi bukan sahaja untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan harapan agar PKR dan DAP tidak lagi akan percaya kepada PAS tetapi yang lebih diidami oleh UMNO adalah untuk melihat PAS sendiri lumpuh dan kehilangan kredibiliti kerana keadaan itu akan menjaminkan kemenangan UMNO dikesemua kerusi. (Lazimnya kerusi-kerusi UMNO akan ditandingi oleh PAS dan bukan DAP)
Dengan itu PAS haruslah beringat agar 'jangan melepaskan anjing tersepit'.
I am back
4 years ago